Tuesday, 18 June 2013

Tahniah Fithree dan Azlina


Ini kali kedua aku ke Pekan. Pertama kali, untuk menziarah arwah Syed Alwee, ayah kepada my housemate.

Majlis resepsi ini diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. Lawa masjid ini.

Aku pergi bersama-sama Ieka, Danny, Wawa, Azzril, Dollah, Ed dan Fendy. Sedap lauk sambal ayam dan gulai labu yang dihidang. Berselera kami makan.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Fithree dan pasangannya, Azlina. Semoga ikatan perkahwinan ini mendapat keredhaan Allah taala dan berpanjangan bahagianya santak ke akhir hayat.
Post a Comment