Saturday 15 June 2013

penulisTamu - Kak Pepah

Assalamualaikum semua.

Apa kabar adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekelian. Harap-harap semua sihat sejahtera.

Nama saya Pepah. Bukan Pipah ya! P.E.P.A.H. Nak panggil Pepah boleh, nak panggil Kak Pepah pun boleh. Tapi janganlah tanya berapa umur saya. Bab-bab umur ni, sensitif tau untuk kaum Hawa. Lagipun, bak kata Orang Putih, apa ada pada nama.

Pertamanya, Kak Pepah nak ucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menjadi penulis tamu di graharesidenKu. Insya Allah, Akak akan tulis cerita-cerita yang menarik untuk semua. Harap-harap tulisan Akak bukanlah yang jenis syok sendiri nanti.

Untuk tulisan pertama ini, Akak nak bercerita tentang seorang personaliti TV ni. Dia ni wanita tulen ya, bukan wanita jadian. Orangnya sihat, ceria dan tiada cacat cela, baik paras rupa atau bentuk tubuhnya. Yang Kak Pepah kurang berkenan sikit ialah karektor dia sama ada di kaca TV ataupun di corong radio.

Dia ni kiranya wartawan hiburan yang mensensasikan gossip. Pendek cerita, dia akan bergossip pasal artis itu, artis ini. Dah lah bergossip, dia ni suka ketawa terbahak-bahak.

Kak Pepah rasa tak sesuai karektor seperti itu. Mungkin dia cuba menjadi diri sendiri tapi tak pernah lah menyuburkan tabiat mengata dan mengadu domba. Dan satu lagi, awak itu wanita timur tidak perlu lah ketawa terbahak-bahak. Buruk benar.

Kak Pepah rasa pembaca semua tentu tahu siapa yang Kak Pepah maksudkan. Ya, personaliti itu tak lain tak bukan ialah Kiah Propa.

Entahlah, Kak Pepah harap sangat karektor yang bermegah-megah bergossip ni perlu diharamkan terus daripada kaca TV mahupun corong radio.

Kepada Kiah Propa, tone down sikitlah ketawa tu. Jom kita tinggalkan tabiat mengadu domba semoga industri seni tanahair lebih bermaruah dan berilmu. Amin.

Ok semua, hingga ketemu lagi. Assalamualaikum semua.


No comments: