Monday 24 June 2013

OFFICIAL MUSIC VIDEO: I Love You

Another promising single from Malaysian teenage singer-songwriter, Najwa Latif.

Let enjoy the song first, then we go to my two cent on this single and video music.



Dari segi melodi lagu I Love you ini, masih lagi sebuah lagu yang catchy dan radio-friendly, cuma stailnya tiada berbeza sangat dengan lagu-lagu beliau yang sebelum ini. Begitu juga gubahan muziknya juga biasa-biasa saja.

Dari segi lirik, biarpun tidak putus tetapi yang menariknya tentang lirik-lirik lagu Najwa Latif ialah ianya ringkas dan straight to the point. Kerana ianya ringkas, pelbagai interpretasi boleh dibuat. Dan mungkin kerana ini lagu-lagu Najwa Latif senang untuk connect dengan pendengar.

Najwa Latif sangat bertuah kerana dia mendapat syarikat rakaman yang tidak lokek untuk keluar duit membuat muzik video yang cantik. Tidak seperti Siti Nurhaliza di awal-awal karier beliau.

Naratif muzik video ini a bit predictable. Akan lebih melankolik jika disoroti dan dirakam rasa dan perasaan Najwa Latif yang dalam diam mencintai protagonis dalam muzik video ini.

Berapa bintang untuk lagu dan video muzik ini?

Lagu: ***1/2
Video muzik: ***1/2

No comments: