Saturday 22 June 2013

Kak Pepah: Syurga di bawah telapak kaki ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Gembiranya dapat berjumpa lagi. Kak Pepah harap semua pembaca sihat sejahtera. Selamat bersantai dengan keluarga tercinta. Dewasa ini, kehidupan kita makin sibuk dan sesak. Jadi, masa untuk bersama-sama keluarga makin berkurangan. Samalah kita dek non! Kak Pepah pun wanita berkerjaya. Cuma di hujung minggu saja masa untuk berceria dengan keluarga tercinta.

Jika minggu lepas kita bercerita pasal Kiah Propa, minggu ini Kak Pepah nak berkisah tentang keluarga. Kan orang cakap, rumahku syurgaku.

Kak Pepah memang tak suka kalau ada orang yang suka membelakangkan keluarga mereka. Keluarga adalah tiang seri kejayaan seseorang. Betul tak?

Kadang kala bila Kak Pepah baca tentang selebriti itu selebriti ini menjaga cerita yang kurang enak tentang keluarga sendiri, sebak hati ini. Esok lusa kalau mereka sakit atau mati, rasa-rasa siapa yang akan menguruskan mereka? Ya betul, keluarga mereka!

Hari tu tentang pelakon muda yang bergaduh dengan ibu kandung menerusi media massa. Dan baru-baru ini, seorang pelakon senior, sindir menyindir mak mertua sendiri menerusi media sosial. 

Pertamanya, berdosa besar jika seorang anak mengutuk atau menghina ibu kandung sendiri. Period. Dalam Islam taraf mak mertua adalah mahram sepanjang hayat. Dalam kata lain, sekiranya kita bercerai dengan isteri/suami, mertua tetap kekal mahram kita. Dan ada alim ulama yang berpendapat, menjaga hati dan perasaan ibu bapa mertua adalah wajib selagi mana tidak melanggar syariah Allah taala.


Dalam hal ini, Kak Pepah kagum dengan penyanyi remaja, Najwa Latif yang tampak matang berdepan dengan media massa. Biarpun diasak dengan soalan provokasi daripada wartawan yang terkenal dengan sikap mengadu domba, Najwa Latif tetap memberikan jawapan yang bijak lagi terbaik, "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang hal keluarga kerana hal ini adalah hal keluarga dan saya tidak mahu orang-orang yang saya sayangi terluka".

Ketika itu Najwa Latif baru habis SPM! Mungkin Afiq Muiz dan Farid Kamil boleh belajar serba sedikit daripada gadis ini tentang kemahiran PR dan adab-adab berkeluarga.


Sehingga kita bertemu lagi...

No comments: