Tuesday 20 October 2009

My Still Unanswered Complaint to Celcom

To: careline@celcom.com.my
07/10/2009 09:14
Subject: Complaint


Good morning.

I would like to lodge a complaint regarding the following SMS which I received it yesterday:

63383
06-Oct-09 16:44
RM0.00 Nak dptkan koleksi video dan foto "projek awek dlm kereta" kpd handset? tekan REG FUN dan sms ke 33883, dptkan koleksi yg menarik ni! 0380615556


I hope your company could be more careful in the future so that such business promotion doesn't escape your vetting and jeorpadise your company's credibility and integrity for the sake of profit and material gains.

Thank you.


- Your postpaid subscriber -

Sunday 4 October 2009

Perihal Rumah Terbuka

Aku cuba memulakan puasa enam tapi tergendala. Aku baru tahu tentang perihal lebih afdal berbuka puasa (according to my colleagues, terpakai kepada puasa sunat sahaja) dan menerima undangan rumah terbuka.

Jadi aku pun menghadiri majlis rumah terbuka anjuran salah sebuah institusi kewangan pembangunan di Hotel Istana. Mewah dengan makanan. Tiada komplen daripada aku dan Linda, cuma Ajaex sedikit terkilan tidak dapat merasa beberapa juadah gara-gara perkhidmatan yang kurang memuaskan daripada Hotel Istana.

Keesokannya, aku pergi ke satu lagi majlis rumah terbuka anjuran sebuah lagi institusi kewangan pembangunan. Berbanding majlis yang berlangsung sehari sebelum, majlis pada petang jumaat itu lebih mempunyai impak, sekurang-kurang kepada aku.

Makanan tidak semewah di Hotel Istana, dan dilangsungkan di perkarangan institusi tersebut. Teratur dan lebih tenang.

Dan lebih menyenangkan untuk bertukar-tukar bicara dengan staf yang ringan mulut. Bukan hendak kata yang staf institusi yang satu lagi tidak ringan mulut, malah mereka juga ramah tamah, cuma kehadiran tetamu yang menyendatkan, dan dibingitkan dengan celoteh pengacara selebriti yang menjemukan dan dendangan lagu daripada artis jemputan yang meletihkan, membuatkan mereka kekok, tetamu pun turut kekok.

Yang satu, penuh meriah dan mewah. Yang satu lagi, sederhana. Hah, sesuai dengan konsep kesederhanaan yang aku cuba peluk sejak 1 ramadhan lagi. Mungkinkah konsep ini dicedok oleh Mus dan dikhabarkan kepada jawatankuasa penganjur di syarikatnya? Kwang... kwang... kwang...

Apa-apa pun, aku senang dengan rumah terbuka IKP yang berlangsung pada hari jumaat nan lalu. And sorry Tan Sri for "downgrading" you. Sorry for my ignorance.

Terima kasih daun keladi kepada yang menjemput aku ke majlis rumah terbuka mereka - Zack, Shah, Nazri, Fendi, Rafin, Azzril, Ema, Ida, Zul & Malisa, Abang sulung Faizal dan Kakak Ipar Faizal, Andi, Kak Ana B, Sam and Aidil. And of course the two DFIs, plus another 2/3 DFIs next week.

May Allah bless all of you with more rahmat. Aamin.

Maaf banyak-banyak kepada Zafrul kerana tidak berkesempatan untuk ke rumah beliau semalam. Jangan serik untuk ajak lagi tau!

Oh, please... don't ask me about mine. I don't have answer to that. Peace.