Thursday 20 November 2008

Battle of the Divas


Kelmarin, aku dan Ajoy borak-borak pasal penyanyi kegemaran masing-masing. Hanya satu nama sahaja keluar daripada mulut rakan serumah aku itu. Sementara aku, menuturkan beberapa nama.

"Kalau kau nak anjurkan konsert, siapa yang kau nak beraksi di atas pentas?", tanya Ajoy.

"Tanpa ragu-ragu, semestinya Liza Aziz, Adibah Noor dan Dina!"

"Dina? Macam mana dengan penyanyi kegemaran kau iaitu Ning Baizura, Nora dan Ramlah Ram?"

"Nope, not in my list" jawab aku pendek.



Setelah seketika, aku pun memperincikan jawapan aku. Ketiga-tiga penyanyi ini hanya perlu mempersembahkan vokal masing-masing untuk menghiburkan semua. Tak perlu nak buat silap mata ataupun bergantung kepada penari-penari latar. Nyanyian mereka berkarektor.

"Ning Baizura?"

"Mungkin sebagai artis jemputan," jawab aku pendek sebelum menanyakan pilihannya.

"Ziana Zain, Ning Baizura, Aishah, Misha Omar dan Nora."

Dalam diam aku berfikir, mengapa nama Siti Nurhaliza tiada dalam ingatan kami?


p/s: Aku sekarang sudah menjadi warga "Anda tentukan!"

2 comments:

hurul said...

iron.. semua nama kau sebut aku tak nak.. hehehe.. ermm.. "anuar zain satu ! m.nasir satu !" (ikut gaya order kat kedai mamak)eh.. stu lagi satu lagi.. mila satu !

looka80 said...

badril - i suka suara liza aziz.