Thursday, 5 February 2009

Sifu & Tongga: Satu pengembaraan yang merisau


Pertamanya, terima kasih daun keladi kepada Grand Brilliance dan Tipah Vogue di atas jemputan ke pra-tonton filem terbaru (kalau tak silap filem ke-26) arahan Prof. Madya A. Razak Mohaiden.

Sebelum tayangan bermula, A. Razak Mohaiden menyimpulkan bahawa filem Sifu & Tongga adalah ubat kepada mereka yang susah hati. Beliau juga mengaku yang filem ini adalah filem pertama dalam genre satira pengembaraan. Hmmm...

Sebenarnya, ini adalah pertama kali aku menonton filem yang dibikin oleh A. Razak Mohaiden. Mungkin ada dua tiga filem beliau yang aku terpandang di kaca TV semasa menziarahi kaum keluarga ketika di hari lebaran ataupun ketika dalam feri mahupun bas ekspres, namun ini adalah pertama kali aku menonton filem beliau (1) di layar perak dan (2) dari mula santak habis.

A. Razak Mohaiden juga mengingatkan para penonton yang hadir bahawa filem terbaru beliau ini, sarat dengan kritikan-kritikan sosial. Hmmm...

Sifu & Tongga berkisarkan pengembaraan dua sahabat (ataupun adik dan abang angkat?) ke dunia luar daripada hutan belantara, mencari Mila, anak gadis Chief (ketua semasa kepada sekumpulan orang Melayu yang lari ke dalam hutan tika Malaya dijajah Jepun) yang dilarikan oleh Editor akhbar tabloid sensasi dan konco-konconya.

Menarik tak, jalan ceritanya?

Bagi aku, A. Razak Mohaiden terkeliru di antara tata hidup orang yang terputus daripada dunia luar dan tata hidup orang-orang primitif. Malah, pada satu peringkat, aku merasakan filem Sifu & Tongga seolah-olah menghina tahap intelektual orang-orang di zaman 40an yang lari mencari perlindungan di hutan. Santak, kereta dikatakan binatang yang mempunyai 4 kaki bulat! Bukankah pada zaman itu sudah ada kereta di Tanah Melayu. Sudah tentu ilmu tentang dunia luar akan diperturunkan oleh generasi tua kepada generasi muda sama ada dalam bentuk lisan mahupun bertulis.

Satu lagi yang memeningkan kepala aku, mengapa Tammy (lakonan Erra Fazira) beria-ia menyuruh Azad menyelidiki tentang asal usul Mila sedangkan dia bersama-sama konco-konconya terbang ke dalam hutan belantara dan menculik Mila. Sekiranya Tammy tidak tahu menahu tentang Mila dan "kaum"nya, bagaimana dia dan konco-konconya boleh terbang dengan helikopter ke lokasi yang tepat?

Dan aku rasa sangat tidak logik, untuk seorang Editor akhbar tabloid dalam abad ke-21 ini, membawa masuk seorang manusia lain yang dikurungnya dalam sangkar ke dalam studio TV!

Selain itu, Sifu & Tongga juga gagal menampilkan mutu komedi dan lakonan yang membanggakan. Paduan Saiful Apek dan Nabil gagal menghadirkan gelak yang ampuh dan berterusan. Ini mungkin disebabkan skrip dan lakon layar yang lemah, longgar dan tidak masuk akal. Begitu juga lakonan Fouziah Ghous dan Erra Fazira yang tampak tidak natural.

Di akhir tayangan, aku masih lagi mencari-cari kritikan sosial yang dicanang-canangkan. Apakah filem ini cuba menelanjangi kebobrokan kewartawanan di Malaysia? Ataupun, sifat-sifat tidak berperikemanusiaan kita terhadap golongan minoriti, baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pendatang asing?

A. Razak Mohaiden gagal memanfaatkan premis ceritanya. Alangkah cantiknya seandainya pertembungan budaya di antara sekumpulan kecil orang Melayu yang terputus dengan dunia luar selama enam dekad dan majoriti penduduk Malaysia dikembangkan dengan sebaik mungkin. Sudah tentunya kumpulan ini yang lahir ke dalam hutan dengan nilai-nilai keMelayuan pada 40-an. Bagaimana mereka mendepani nilai-nilai keMelayuan di abad ke-21 ini!

Sebaliknya, kita dibobrokkan dengan kebodohan ataupun lurus bendul Sifu dan Tongga yang dibuat-buat dan klise.

Kalau ada yang baru pun, para penonton dapat menyaksikan Azwan Ali menjadi mak nyah di layar perak! Kalau anda rasa berbaloi, pergilah menonton Sifu & Tongga di pawagam yang berdekatan.


Rating: C-

Tuesday, 3 February 2009

Bukit Tabuh Lagi!

Aku panjat Bukit Tabuh lagi dengan Fezal, Ija Salleh dan Salizan. Kali ini, Ija Salleh dan Fezal bawa member baru. Zambri namanya. Welcome on board, Zambri!

Pertamanya, aku minta maaf banyak-banyak sebab terlambat sampai. Sebelum keluar rumah, perut aku tiba-tiba memulas dan aku terpaksa menunaikan hajat. Dalam kekalutan untuk segera sampai, aku tersalah ambil susur keluar. Kerana itu, pendakian yang dijadualkan pada 7.45 telah terlewat kurang lebih 15 minit. Sekali lagi, berbanyak-banyak maaf.

Alhamdulillah, aku kurang pancit di awal pendakian. Cuma ketika di hentian pertama, aku sedikit emosi apabila terlihat bukit berdekatan yang semakin gondol, diratakan untuk dijadikan kawasan perumahan mewah.

Pelik! Bukankah kerajaan, baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri sudah membekukan projek-projek di kawasan tanah tinggi?

Seingat aku, ketika aku mula-mula memanjat Bukit Tabuh ini, persekitaran sangat hijau dan sejuk mata memandang. Cuma sana sini, terdapat tompok-tompok coklat. Tapi kini, bukan setakat tompok, sudah seluas mata memandang! Sedih betul!!!

Di sepanjang pendakian, kami temui beberapa pengingatan yang digantung oleh pendaki-pendaki yang prihatin, agar para pendaki mengutamakan keselamatan. Keratan berita tentang dua kemalangan yang menimpa kepada dua orang pendaki perempuan turut ditayang untuk timbulkan kesedaran.

Biarpun ada berita-berita kurang enak, namun bukit ini masih dikunjungi orang ramai terutamanya di hujung minggu. Mana tidaknya, mendaki Bukit Tabuh adalah satu aktiviti luar yang selesa dan mudah. Sekiranya ia didaki dengan santai, kurang lebih dua jam kita akan di puncaknya. Biasanya aku dan kawan-kawan ada bersarapan di puncak, sebelum menuruninya melalui kawasan dusun orang kampung. Insya-Allah, paling lewat pun jam 12 tengahari kita sudah pun singgah ke kedai mamak yang berdekatan untuk menikmati segelas dua milo ais.

Apa yang penting ialah kita berhati-hati, jangan besar diri dan hayati keindahan alam dengan tenang.


Janganlah berita kemalangan di Bukit Tabuh serta gambar ular daun ini menipiskan hasrat kawan-kawan yang ingin menatap keindahan Kuala Lumpur dari puncak Bukit Tabuh. Ajal maut di tangan Allah. Seandainya kita berhati-hati dan tidak TAKBUR, insya-Allah, keindahan ciptaan Allah ini dapat kita nikmati dengan selamat.

Jom... ada berani?

Friday, 30 January 2009

Antara Sang Puteri dan Sang Perwira

Minggu hadapan, Kuala Lumpur akan menerima sekali lagi kehadiran Puteri Majapahit, yang bakal bercerita tentang kisah cinta agungnya terhadap seorang Laksamana Melayu yang terbilang.

Aku sudah pun menempah tiket untuk pertunjukan sulungnya iaitu pada 6 Februari 2009. Namun, santak kini aku masih lagi ternanti-nantikan tiket tersebut. Insya-Allah, ini kali kedua aku menyaksikan teater muzikal ini.

Hujung minggu depan juga, Kuala Lumpur juga bakal menerima kunjungan barisan perwira daripada beberapa ceruk dunia, untuk beradu kudrat. Ada yang datang dari Thailand, Slovakia, Senegal dan Turki.

Hati ini memang terdetik untuk menyaksikan pertarungan-pertarungan tersebut, yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Badminton Cheras, yang sepelaung sahaja daripada rumah aku. Tetapi, aku telah diberikan tugas untuk mengiringi salah seorang tetamu negara yang bakal tiba pada 7 Februari ini. Dan tugasan ini berterusan sehingga 12 Februari 2009.

Kepada yang lapang, sila-silalah mengisi masa dengan persembahan teater Puteri Gunung Ledang The Musical ataupun hadir ke TM-WMC KL International Muay Thai Challenge 2009.

Friday, 23 January 2009

Antara Melalak dan Perayaan

Salah satu kesukaan aku ialah melalak. Pantang sahaja orang ajak, insya-Allah, tepat masanya aku akan tercegat di muka masuk pusat karaoke tersebut.

Malam tadi, Kak Liza mengundang aku untuk turut serta meraikan hari ulang tahun kelahiran salah seorang rakan sepejabat kami iaitu Jun. Kepada yang rajin menjengah akaun facebook aku, mungkin wajah Jun ini akan familiar, kerana dia adah ex-Mancunian dan turut serta menganjurkan program Cuti-Cuti ke Langkawi pada bulan lepas.

Sesi karaoke kami bermula sedari jam 8 malam santak 10 malam. Sambil makan sambil menyanyi. Nyaring betul vokal si Jun, manakala Kak Liza pula, suaranya serak-serak basah, persis Ella!

Aku, seperti biasa, mendendangkan himpunan lagu-lagu 80an dan 90an.


Sekali lagi, happy birthday to you, Jun. All the best in your undertakings. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

Kepada Kak Liza... terima kasih daun keladi. Janganlah serik dan jemput-jemputlah lagi.

Kesempatan ini juga, aku ambil untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada my Chinese colleagues - Alison, Kai Meng, Catherine, Chang Lai Kuen, Andrew, Vivienne and Anthony Tan. Not forgotten, my Chinese ex-classmates - Huanu, Ming & Selena. May all of us have a prosperous year ahead. Gong Xi Fa Chai!


p/s: I'm going to PD this evening!

Wednesday, 21 January 2009

Open letter to the so-called Mus-The-Great

Call me have self-esteem of a wet toast but I do not really buy the whole idea of an organized reunion. It’s conceited and pretentious to say the least. Those people who really wanted to come are usually vindictive, showy people with something to gloat about; or they simply there to rub the faces of those people who used to torture them, with their current, much talked about “success”.

Don’t get me wrong. I certainly do not have problems with meeting old friends outside once in a while, have a few drinks and chat until the wee hours; but to dress up expensively, drag you wife (ves) and infants, throwing your business cards like you just won a presidential election and act like you are still in high school? - na’ah I don’t think so, thankyouverymuch.
Aku terpanggil untuk menjawab pandangan songsang Mus-The-Great seperti yang dirakamkan dalam dua rangkap di atas.

Untuk menuduh rakan-rakannya yang pernah belajar sama-sama di bawah satu bumbung sebagai vain dan showy, bagi aku, adalah satu pandangan yang kurang ajar.

Hanya kerana beliau malu kepada dirinya sendiri untuk apa jua alasan, janganlah sewenang-wenangnya melabelkan orang lain mempunyai agenda tersembunyi setiap kali menghadiri reunion ataupun bersua temu dengan ex-classmates.

Dress up expensively? Have you ever been any of SMS Muar reunions before? Or you’re just dreaming of attending one like in the Romy and Michele’s High School Reunion? Hahaha… what a joke!

Just because you have the self-esteem of a wet toast, don’t penalise us to get together with old friends to share and exchange some old memories. Biar baik ataupun buruk, memori-memori tersebut adalah sebahagian daripada lipatan sejarah hidup kita, yang tetap akan kita tonton di Padang Masyar nanti.

Sekurang-kurangnya, aku bangga dengan apa jua jalan yang aku lalui. And I don’t give a **** of what people think of me.

Akhir kata, aku cabar kau datang ke majlis tersebut nanti, supaya tanggapan bahawa kau malu dengan diri kau sendiri (yang aku percaya tidak benar), betul-betul TIDAK BENAR.

Ada berani, Mus-The-Great?

Saturday, 17 January 2009

Helo Kuching!

Setelah lebih kurang dua tahun tidak ke ibu negeri Sarawak, malam tadi aku selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching sekitar 8.20 malam. Ketika lawatan terakhir aku dahulu, lapangan terbang ini masih lagi dalam proses ubahsuai.

Tak banyak bezanya Kuching sekarang dan Kuching pada tahun 2006. Salah satunya ialah 'rumah' baru Dewan Undangan Negeri yang berhampiran dengan Fort Magherita dan Astana. Cantik betul reka bentuknya.

Pasar basah yang suatu masa dahulu mencacatkan pandangan, telah dipindahkan ke lokasi baru. Dan dengar khabar, Waterfront akan dipanjangkan lagi.

Kuching pun sudah ada shopping mall baru, The Springs dan hotel baru, Four Point, the Sheraton. Dan flyover baru! Hehehe...

Aku baru sahaja selesai mengharungi Sungai Sarawak, dengan pakej Sunset Kuching River Cruise. Nanti aku upload gambar-gambar yang sempat aku ambil. Sebelum itu, kami ke Pasar Satok. Aku tak beli apa-apa pun, melainkan kek lapis kiriman Sham dan ikan terubok masin yang dikirim oleh Ayud.

Alhamdulillah, sesi dialog berjalan dengan lancar. Habis sahaja sesi tersebut, aku segera naik ke bilik untuk istirehat sambil menanti waktu makan tengahari. Aku tak tahu kenapa, servis Hotel Hilton di Kuching tidak seperti yang aku harapkan. Malah, tidak memuaskan bagi sesetengah aspek. Nasib baik bukan keluar duit sendiri, kalau tidak, mahu sahaja aku meneladani Wadi dalam menangani masalah penginapan di hotel.

Aku tak boleh lama kerana hendak bersiap untuk makan malam. Apa-apa pun, Kuching masih lagi bandaraya kegemaran aku di Malaysia, selain Kuala Terengganu.


UPDATED:
As promised earlier, here are some pictures taken during my trip to Kuching last weekend.
















Thursday, 15 January 2009

Jewish MP says Israeli soldiers are like NAZIs

by MILES ERWIN - Thursday, January 15, 2009 [first published on Metro.co.uk]

A Jewish MP has compared Israeli troops in Gaza to the Nazis who forced his family to flee Poland.

A boy wounded in Gaza City is taken to hospital

Sir Gerald Kaufman said the Israeli government was 'ruthlessly and cynically' exploiting the guilt over the Holocaust as justification for the assault on Gaza.

'My grandmother was ill in bed when the Nazis came to her home town... a German soldier shot her dead in her bed,' he told MPs. 'My grandmother did not die to provide cover for Israeli soldiers murdering Palestinian grandmothers in Gaza.'

His comments came as a UN compound filled with refugees was hit by Israeli shells, injuring three workers.

Sir Gerald, who was raised as an orthodox Jew and Zionist, insisted that Hamas was a 'deeply nasty organisation' but said Israel could not just refuse to talk to it.

But Israeli embassy spokesman Lior Ben Dor said: 'Many of the soldiers who are now defending the state of Israel in Gaza also had grandmothers who suffered at the hands of the Nazis.

'The soldiers are fighting so when they are grandparents they will not be subjected to cruel enemies like Gerald Kaufman's grandmother was.'

The attack on the UN compound caused a 'massive explosion', set fuel in the compound on fire, destroyed tons of humanitarian supplies and forced hundreds of refugees to flee.

UN spokesman Chris Gunness said the shells contained prohibited white phosphorus as it was impossible to put out the flames by conventional means.

Israel prime minister Ehud Olmert said troops had come under fire from militants in the compound but that was dismissed by UN official John Ging as 'nonsense'.


p/s: Today is my 8th year with my first and current company.