Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

Sunday, 25 August 2013

Bila Gambar Berbicara 4

Gambar ini diperolehi dari koleksi peribadi Ayah Tunggal.

Dalam gambar ini ada Tok Jenal dan Nek Chu kira-kira 36 atau 37 tahun yang lalu. Al-fatihah buat kedua-dua arwah. Semoga Allah ampunkan segala dosa mereka dan tempatkan mereka berdua di kalangan orang-orang yang diredhai-Nya.

Wednesday, 5 June 2013

Merenung Semalam

Tak sangka gambar ini mendapat banyak ulasan. Hehehe, terasa glamour lak!

Tak salah untuk merenung semalam tetapi jangan renung terlampau lama. Bak kata orang, life goes on. Semalam sepatutnya menjadi tanda aras untuk hari ini yang lebih baik.

Itulah maksud gambar ini :)




Sent from my iPhone

Saturday, 17 January 2009

Helo Kuching!

Setelah lebih kurang dua tahun tidak ke ibu negeri Sarawak, malam tadi aku selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching sekitar 8.20 malam. Ketika lawatan terakhir aku dahulu, lapangan terbang ini masih lagi dalam proses ubahsuai.

Tak banyak bezanya Kuching sekarang dan Kuching pada tahun 2006. Salah satunya ialah 'rumah' baru Dewan Undangan Negeri yang berhampiran dengan Fort Magherita dan Astana. Cantik betul reka bentuknya.

Pasar basah yang suatu masa dahulu mencacatkan pandangan, telah dipindahkan ke lokasi baru. Dan dengar khabar, Waterfront akan dipanjangkan lagi.

Kuching pun sudah ada shopping mall baru, The Springs dan hotel baru, Four Point, the Sheraton. Dan flyover baru! Hehehe...

Aku baru sahaja selesai mengharungi Sungai Sarawak, dengan pakej Sunset Kuching River Cruise. Nanti aku upload gambar-gambar yang sempat aku ambil. Sebelum itu, kami ke Pasar Satok. Aku tak beli apa-apa pun, melainkan kek lapis kiriman Sham dan ikan terubok masin yang dikirim oleh Ayud.

Alhamdulillah, sesi dialog berjalan dengan lancar. Habis sahaja sesi tersebut, aku segera naik ke bilik untuk istirehat sambil menanti waktu makan tengahari. Aku tak tahu kenapa, servis Hotel Hilton di Kuching tidak seperti yang aku harapkan. Malah, tidak memuaskan bagi sesetengah aspek. Nasib baik bukan keluar duit sendiri, kalau tidak, mahu sahaja aku meneladani Wadi dalam menangani masalah penginapan di hotel.

Aku tak boleh lama kerana hendak bersiap untuk makan malam. Apa-apa pun, Kuching masih lagi bandaraya kegemaran aku di Malaysia, selain Kuala Terengganu.


UPDATED:
As promised earlier, here are some pictures taken during my trip to Kuching last weekend.
















Wednesday, 17 October 2007

Photoblog II

Friday, 8.00 am - Salat Aidilfitri@McDoughall Prayer Room.


9.00 am - In the Financial Market class.


Saturday, from 12.30 to 11.30 pm - Open House@my aunt's house in London







Sunday, 12.30pm - in the bus, on my way to Victoria Station, London




Wednesday, 26 September 2007

Untitled (a.k.a. Photoblog I)







p/s: Congratulations to Dr. Sheikh Muszaphar Shukor and Dr. Faiz Khaleed for successfully completed the aerospace training programme and been certified as fit and qualified to go to outer space.



Note: Pictures taken from Sultan Muzaffar.