Friday 23 January 2009

Antara Melalak dan Perayaan

Salah satu kesukaan aku ialah melalak. Pantang sahaja orang ajak, insya-Allah, tepat masanya aku akan tercegat di muka masuk pusat karaoke tersebut.

Malam tadi, Kak Liza mengundang aku untuk turut serta meraikan hari ulang tahun kelahiran salah seorang rakan sepejabat kami iaitu Jun. Kepada yang rajin menjengah akaun facebook aku, mungkin wajah Jun ini akan familiar, kerana dia adah ex-Mancunian dan turut serta menganjurkan program Cuti-Cuti ke Langkawi pada bulan lepas.

Sesi karaoke kami bermula sedari jam 8 malam santak 10 malam. Sambil makan sambil menyanyi. Nyaring betul vokal si Jun, manakala Kak Liza pula, suaranya serak-serak basah, persis Ella!

Aku, seperti biasa, mendendangkan himpunan lagu-lagu 80an dan 90an.


Sekali lagi, happy birthday to you, Jun. All the best in your undertakings. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

Kepada Kak Liza... terima kasih daun keladi. Janganlah serik dan jemput-jemputlah lagi.

Kesempatan ini juga, aku ambil untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada my Chinese colleagues - Alison, Kai Meng, Catherine, Chang Lai Kuen, Andrew, Vivienne and Anthony Tan. Not forgotten, my Chinese ex-classmates - Huanu, Ming & Selena. May all of us have a prosperous year ahead. Gong Xi Fa Chai!


p/s: I'm going to PD this evening!

3 comments:

Zetty said...

ada nyanyi lagu kak melah tak?

looka80 said...

badril - nak dengar u nyanyi lagu 'dingin' lagi sekali...!!! 8-)

ukanera arenaku said...

zetty:
tak sempatlah, yang. cuma Zapin Yang Tinggal yang attemptable!

looka80:
dingin? aiyo... ziana zain pun "terkencing" nak nyanyi lagu tu!