Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

Saturday, 10 March 2012

A Long Overdue Visit

Aku betul-betul tak tahu tentang kehamilan Mrs. FendY, sehingga seorang kawan buka mulut. Aku cuba dapatkan pengesahan daripada Mr. & Mrs. FendY, tapi kedua-duanya diam seribu bahasa. Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri. Dan sebagai seorang kawan, aku hormati keputusan itu.

Tap tap, aku dikhabarkan bahawa Mrs. FendY telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pada bulan Januari yang lalu.

And because of conflicting schedules, I've been postponing my visit until this weekend. I whatsapped FendY to find out whether or not, he will be coming down to KL this weekend, and whether I could pay them a visit. FendY is working in Kerteh while his wife is in Selangor with their new born boy.

Both FendY and his wife have agreed to receive me at their residence in Taman Sri Gombak. And this is my first time coming to this part of Selangor even though I've passed through the area countless of times.

Coincidentally, the day I visited Adrian Nazry or Ian, he was 2 months old! So, happy 2-months old Ian! May Allah bless you with lots of rahmat, berkat and joy. And be the proud of your loving parents, family and ummah. Be good always!


I asked FendY what is their immediate plan with the arrival of Ian. He said one of them will apply to relocate so that the three of them could live together under the same roof. Yeap, I really support the plan. A child like Ian really need both of his parents to be around to nurture his growing.

Once again, would like to take this opportunity to congratulate both Mr. & Mrs. Fendy of the arrival of their first child. And the very best of luck in parenting too.

Monday, 27 February 2012

Selamat Bersara Kak Normi


She has been with an organisation for 31 years! I salute her solid loyalty and dedication to the Bank. I hope I could follow into her foot step. Bak kata orang, tuah ayam pada tajinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Kak Normi, all the best in your future undertakings and thank you very much for the colourful friends.

Thursday, 5 January 2012

Happy Birthday, Fizul

Today is my brother's birthday.

He's currently saving for his big plan. Insya Allah, will be getting engaged next month.

So, I wish all the best to you, my dearest Fizul. Moga murah rezeki, berkat usia dan dipermudahkan Allah taala dalam setiap perancangan. Aamin.

Monday, 2 January 2012

Happy New Year


Thank you Linda for this cute video.

And Happy new year to all readers of graharesidenKu. Have a blessed and prosperous year ahead.

Sunday, 16 May 2010

A beautiful Sunday

When I woke up this morning, I knew it's going to be a good day. Yes, a very good day. Althought I cannot explain how it's going to be a good day, but my gut feel tells me it will be a good one.

And it turned out to an efficient one.

I did my laundry, not one but two times and the time was not even 9.00 am. Not only that, I managed to fold my kain baju and swept the whole apartment too. After a good shower (plus cleaning my bathroom) and a simple breakfast, I went out to send my working shirts for ironing at the nearby Kedai Dobi.

"Encik boleh ambil malam ini ataupun esok pagi."

Wah, efisiennya. Selalunya dua hari, detik hatiku. (Hehehe, macam cerpen lah pulak!)

Since my feel good mood continued to carry on, I decided to send my NEO for a wash in Pandan Jaya. While waiting, I strolled along the shoplots and a small Indian barber shop caught my eyes. Yeap, I need a haircut too.

"Potong macam mana?"
"Pendek."
"Atas?"
Pendek."
"Tepi?"
Pendek."
"Belakang?"
"Pendek."

Muthu nodded and started to play with my head. At about 15 minutes, he shouted, "Okeykah, abang?"

Wow! He too has become efficient. I gave him a smile and a thumb up, plus a RM10 note.

"Terima kasih."

I've done this and that, and guess what, the clock has yet to hit 11.00 am!!!

Wow, I was really impressed with my day so far. I definitely have to agree with my gut feeling that today is going to be a good day. I picked up my NEO and drove to the nearby foodstall to have a proper breakfast. Well, brunch actually. I also took the opportunity to read the paper.

At about 5 minutes to 12, suddenly my handphone was ringing and it was my sister, Niza.

"Happy birthday, Along!"

Oh, my... patutlah!

On this beautiful sunday, I would like to thank my family and friends for their wishes and doa. Terima kasih daun keladi.

And Happy Teacher's Day to all my teachers (from Tabika Bachang, SRK Tengkera 1, Sekolah Tinggi Melaka, SM Sains Muar, Kolej MARA Banting and University of Manchester), my beloved mother and my late grandfather, Cikgu Jaafar. Kamu lilin-lilinku.

Thursday, 25 February 2010

Happy Birthday, Mak!


Semoga murah rezeki, panjang umur dan berbahagia di samping suami dan keluarga tercinta. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

Thank you for your love, care and guidance. I will always love you.

Wednesday, 16 September 2009

Eid Mubarak

Salam.

Moga ramadhan kali ini dilimpahi Allah dengan lebih banyak hidayah, rahmat dan berkat. Maafkan segala buruk laku, salah tutur. Dan minta dihalalkan segala makan dan minum. Semoga berbahagia bersama yang tersayang di hari lebaran.
Insya-Allah, sentiasa di hati dan doa.

"Eid Mubarak"dari:
- saya -


p/: Al-fatihah buat arwah Tok Mustapha, Nek Soya, Pak Lang Jailani, Nek Long, Nek Mok dan lain-lain ahli keluarga tercinta yang telah tiada.

Wednesday, 2 September 2009

Lagu Buat Adik

Ibu selalu kata:
kita tak bisa gembirakan semua
tak mungkin boleh
tapi kita bisa hibur sukma sendiri.

Along genggam kemas azimat itu
seperti juga mutiara kata:
jika punyai beban
sekecil mana ataupun seberat gunung
larilah kepada Yang Esa
kerna hanya Dia yang bisa menolong
tak Ibu, tak Abah, tak sesiapapun.

Adik,
ku sanjung semangatmu
ku kagum kudratmu
ku cemburu hatimu
ku bangga denganmu.

Pengorbananmu
kesetiaanmu
kejayaanmu
terus semadi di sukma kami
selamanya.

Dan masa dan waktu yang berbaki
bagai menghambat jiwa ini
dicucuk resah, dirodok takut
bisakah diri ini bersedia?
untuk depani satu perpisahan
memeluk satu pemergian.

Ku tahu
ianya bukan hakiki
tapi jiwa ini tetap resah
betul-betul takut
sederas air mata yang menghujani pipi
tika kakakmu pergi.

Adik,
ku sanjung semangatmu
ku kagum kudratmu
ku cemburu hatimu
ku bangga denganmu.

Along bukan tamak
cuma, cuma...
belum puas menjadi abang
buatmu, adikku sayang.

Sebelum hati ini
ditawan emosi
ingatlah Adik
genggamlah kemas tuturIbu itu.


(Khas buat Lia, yang menyambut ulang tahun hari kelahirannya pada hari ini. All the best in your undertakings, sayang. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.)

Monday, 24 August 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Today is the third day of Ramadhan, and I hope it is not too late to wish all Muslims, "Selamat menjalani ibadah puasa".

Aku tidak mahu menggunakan frasa tipikal "Selamat berpuasa" kerana ibadah puasa bukan setakat berpuasa sahaja, malah merangkumi melakukan apa yang disuruh, dan meninggalkan apa yang dilarang.

Terutamanya tuntutan solat.

Ada yang berpuasa penuh tetapi tidak bersolat sedangkan solat itu tiang agama. Jadi sama-samalah kita nasihat menasihati agar kita tergolong dalam orang-orang yang diredhai Allah taala.

Would like to take this opportunity to seek forgiveness from all if I have hurt/offended, either intentionally or unintentionally. Sekali lagi, selamat menjalani ibadah puasa dan moga-moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik setakat ini. Aamin.


p/s: Gumbira kerana dapat bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Alhamdulillah. And to Mus, "Get well soon".

Thursday, 4 June 2009

Moga panjang umur dan murah rezeki, Abah!

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Abahku. Like me, he doesn't like birthday bash. Nevertheless, like my mother, he doesn't mind to receive birthday gifts.

Can't wait to go home to Melaka to eat his favourite food with him and the whole family.

Abah, I know you know that I know you love me. And I hope you know I know that you know I love you.

Happy birthday, Abah. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

Saturday, 16 May 2009

Terima kasih daun keladi for your kind wishes!

As you may aware, today is the Teachers' Day, at least in Malaysia. Would like to thank this opportunity to thank all my teachers (including my most influential two teachers - Mak and my late grandfather, Cikgu Jaafar).

And today is the birthday of Pierce Brosnan, Janet Jackson and a dear friend of mine, Amir. Not Amir Imran who had celebrated his exactly one week ago, but Amiruddin Abdul Manaf.

And of course, today is my birthday. Alhamdulillah, still had the opportunity to celebrate my birthday with my parents, far away from home.

Dinner @Wawasan Square with Wan and his anak-anak buah


Oh, thank you very much to Wan for early birthday dinner.

And thank you guys for all your kind wishes, either via your so-thoughtful phone calls [Mira & Fendy], SMSes or messages on my Facebook's Wall.

My real [means not in advance :)]first birthday wishes came from my beloved sister, Lia.

Once again thank you very much and here are those SMSes that I received on my birthday. You may read others on Facebook.
Selamat hari jadi..semoga d pnjgkn umur n d murahkn rezeki..amin [Lia]
Happy birthday! May all you wishes come true [Ojot]
hepi bday! hehe.awlkn i wish.br blk frm ofis. jgn lupa buat parti buih! :) [Jun]
Dude hepi bday! Smoga drahmati Allah slalu.. [Fezal]
Salam. Happy birthday. Moga sentiasa diberkati & diredhai Allah [Zul MN]
Happy birthday! Moga dilindungi dan dirahmati Allah. Insyallah. Amin [Ija Salleh]
happy besday. I kat singapore. Sori xangkat phone. Neway 25th ni i transfer ke tawau. U take care ok [Amir]
Ualls Happy Birthday hope u will achieve what u want and more success for the next mission and vision [Din]
Epi besday Ron! :) [Jue]
Happy birthday! hope u had a good one. [Dini]

Thursday, 23 April 2009

Altis Kepunyaan Kawan

Aku temankan kawan, ambil kereta barunya. Beach color! Cantik dan selesa. Rasa jaki pun ada, rasa yang ambil satu pun ada. Tapi, mampukah?

Thanks for the ride and thank you for the dinner too.

Once again, congratulations from me, sincerely from the bottom of my heart.

Sunday, 22 March 2009

BBQ Party in Melaka

Memandangkan hujung minggu ini tiada kelas tuisyen percuma untuk anak-anak yatim di Klang, aku ambil kesempatan yang ada untuk pulang ke Melaka. Menziarahi ibu bapa aku, dan adik-beradik yang lain.

Kebetulan juga, adik aku yang mengajar di Subang Jaya dan seorang lagi adik aku yang belajar di Kuantan turut balik. Jadi aku mengambil peluang yang ada ini untuk "makan besar".

Pada mulanya, aku rancang untuk ke Serkam Pantai, untuk makan ikan bakar ramai-ramai. Tetapi salah seorang adik aku, mencadangkan agar kami buat BBQ di rumah sahaja. Lebih puas makan.

Tanpa lengah, ibu bapa aku menyediakan bahan-bahan mentah - membeli ayam, ikan, udang, sotong dan ketam di Pasar Borong Melaka. Kecuali ayam. Itu dibeli daripada kedai kepunyaan sepupu aku.

Mira dan suaminya datang dengan beberapa juadah tambahan. My all... aku suka betul jambu air tu. Haruslah beli lagi!

Majlis kami diriuhkan lagi dengan kehadiran Ika dan Stongkol (aku pun tak tahu nama betul adik sepupu aku ini!). Kami ajak juga ibu bapa Nazrol dan adik perempuan dia, tapi mereka ada tetamu daripada Singapura. Cuma mewakili Ika dan Stongkol.



"Alah... lain kali tak boleh ajak Along dan Lia pergi makan ikan bakar. Buat rugi saja. Baru makan sikit dah kenyang!" rungut adik perempuan bongsu aku.

Mana tidaknya, juadah makan malam penuh satu meja. Itu pun masih ada berbaki lagi, nasib baik mak aku tak marinate semuanya.

Ke nasi lemak kosong tu banyak sangat portionnya? Ke sebab aku minum air tebu banyak sangat? Ke... banyak sangat telan asap?

"Setakat nyalakan bara pun, dah bising ke Along? Itupun tak hidup-hidup apinya!" rungut adik aku lagi.

Anyhow, it was an enjoyable weekend. And a satisfied one!


p/s: Tomorrow is my housemate's birthday. Happy Birthday, Ajoy. All the best in your undertakings. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

Tuesday, 9 December 2008

Antara alhamdulillah dan al-fatihah

Syukur banyak-banyak ke hadrat Allah taala kerana segalanya berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah, Mira telah selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat, upacara malam berinai pada malamnya dan hari langsung pada keesokan harinya. Syukur alhamdulillah kerana tidak hujan sepanjang upacara berlangsung [Biarpun mak tiri abah bersungguh-sungguh menyuruh Mira balingkan baju basahannya ke atas bumbung, aku dan Lia tetap anggap itu adalah perbuatan yang tak perlu].

Mungkin kerana pertama kali mak dan abah menerima menantu, jadi orang datang tak putus-putus. Santak terpaksa beratur untuk mengambil makanan. Kasihan juga tengokkan Ju dan Udin dengan tiga orang anaknya dalam barisan panjang tersebut...

Terima kasih daun keladi kepada semua, termasuk kawan-kawan dan rakan-rakan sepejabat yang sudi datang. Kepada yang sesat dek peta yang serba serbi kurang itu, maaf banyak-banyak dari kami.

Terima kasih juga kepada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang datang menolong, terutamanya teruna-teruna yang membasuh pinggan mangkuk dan dara-dara yang menyelenggarakan balai makan.

Potrait Keluarga


"Kau menangis ke?" tanya salah seorang kawan baik aku yang datang dari jauh.
"Rahsia!"

Dalam ghairah menyambut kehadiran ahli baru, Mus, kami diingatkan tentang ulangtahun pemergian nenda tercinta, arwah Puan Jariah Abdul Samad pada 6 Disember 1959. Semoga Allah terus mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-fatihah...


p/s: Alhamdulillah, makanan mencukupi, cuma tak dapat nak dibekal-bekalkan. Seperti yang diduga, ayam golek dan serunding Melaka laku betul!

Wednesday, 1 October 2008

Aidilfitri 2008

Eid Mubarak to all my Muslim friends. Maaf zahir batin. May Allah bless us with rahmat and berkat. Aamin.

Thank you very much for all your kind wishes, especially the following SMSes:

Ampun dan maaf andainya...
TERkasar bahasa
TERsilap bahasa
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan...
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin (Aidil)

Dear, selamat menyambut aidilfitri. Since i oredi raya dis eveving, i might as well wish everyone earlier. Enjoy urself. Jgn main mercun! Peace! :-p (Rina)

Salam sumer, bgn! Sahur terakir tok kali ni... Slmt bpuasa n slmt hari raya. Maaf zahir batin... (Ajoy)

!@#$%^&*-+=<>? (Mus)[not cursing, but chinese characters]

Ketupat pulut lagi bersantan, mudah dingap bersama rakan, Selamat menyambut hari lebaran, salah & silap harap maafkan. (Tarmizi & fmly)

Salam eidul fitri dan maaf zahir batin. have a great one this yr wt ur family and frens k. (Sham)

Selamat hari raya haron. Maaf zahir batin :) (Mya)

"Daun Kemboja Tumbuh Melata, Mekar Mewangi Di Halaman Bonda, Berayalah Ke Rumah Jiran Tetangga, Mana Tau Mereka Ada Anak Dara" SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN (Nora Fendi & Zaidi)

PeLiTa diPaSaNg PeNaiK SeRi, RaMadaN D'GaNti Si Aidifitri, Msj pEnDeK P'ganti diri, TaNdA Diri mu seNTiaSa diiNgAti, SelAmaT haRi rAya iAdiLFitri. MaAF ZAhir&BatiN (Fasli)

Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlebih gurau senda & terlanjur bicara. Have a safe raya! (Zetty)

Slamat hari raye n maaf zahir batin... (Dini)

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin. (Sri Jaafar, Niza n Zahira)

Hari Raya bmksud: bsolat snat raya -bmaaf2an ..................... -bjumpa dgn makcik2 yg bmulut lahar Slm Aidil, maaf zahir batin :) (Danny sekeluarga)

Selamat Hari Raya Aidilfitri * Maafkan segala kesalahan yg sengaja & tidak sengajakan. Halalkan makan minum * Maaf Zahir Batin (Mas Taufik Muhd)

"Suka duka silih brganti, Jatuh bgun brselang-seli, Sempena Syawal yg mulia ini, Maaf ku pinta setulus hati". Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin (Unsaved number)

Slamat aidilfitri, maaf zahir batin! (Athen)

Slamat ari raya as well! maaf bnyk2. iAllah kalo ada rzeki i trn umah u. have fun.tc (Effendy)

Slmat Hari Raya 'Idulfitri, mohon kemaafan dan moga sdr2 skluarga beroleh kejayaan (Surau Darul Falah & kluarga)

Raikan Syawal dgn penuh kesyukuran. Slm Idulfitri buat sekeluarga. Andai ada slh silap, keampunan dipohon seikhlas hati. (Izfaizal)


Terima kasih daun keladi to those who sent cards or who wished me personally.