Sunday 22 March 2009

BBQ Party in Melaka

Memandangkan hujung minggu ini tiada kelas tuisyen percuma untuk anak-anak yatim di Klang, aku ambil kesempatan yang ada untuk pulang ke Melaka. Menziarahi ibu bapa aku, dan adik-beradik yang lain.

Kebetulan juga, adik aku yang mengajar di Subang Jaya dan seorang lagi adik aku yang belajar di Kuantan turut balik. Jadi aku mengambil peluang yang ada ini untuk "makan besar".

Pada mulanya, aku rancang untuk ke Serkam Pantai, untuk makan ikan bakar ramai-ramai. Tetapi salah seorang adik aku, mencadangkan agar kami buat BBQ di rumah sahaja. Lebih puas makan.

Tanpa lengah, ibu bapa aku menyediakan bahan-bahan mentah - membeli ayam, ikan, udang, sotong dan ketam di Pasar Borong Melaka. Kecuali ayam. Itu dibeli daripada kedai kepunyaan sepupu aku.

Mira dan suaminya datang dengan beberapa juadah tambahan. My all... aku suka betul jambu air tu. Haruslah beli lagi!

Majlis kami diriuhkan lagi dengan kehadiran Ika dan Stongkol (aku pun tak tahu nama betul adik sepupu aku ini!). Kami ajak juga ibu bapa Nazrol dan adik perempuan dia, tapi mereka ada tetamu daripada Singapura. Cuma mewakili Ika dan Stongkol.



"Alah... lain kali tak boleh ajak Along dan Lia pergi makan ikan bakar. Buat rugi saja. Baru makan sikit dah kenyang!" rungut adik perempuan bongsu aku.

Mana tidaknya, juadah makan malam penuh satu meja. Itu pun masih ada berbaki lagi, nasib baik mak aku tak marinate semuanya.

Ke nasi lemak kosong tu banyak sangat portionnya? Ke sebab aku minum air tebu banyak sangat? Ke... banyak sangat telan asap?

"Setakat nyalakan bara pun, dah bising ke Along? Itupun tak hidup-hidup apinya!" rungut adik aku lagi.

Anyhow, it was an enjoyable weekend. And a satisfied one!


p/s: Tomorrow is my housemate's birthday. Happy Birthday, Ajoy. All the best in your undertakings. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

4 comments:

looka80 said...

badril - bila nak wat pool-party and bbq kat graha residenku?? hehe..

tungkai said...

wowweee...meriahnya..!!!

Zetty said...

i like ur house exterior! so classic.

ukanera arenaku said...

sham:
bbq party @graha residen? hmmm...

wan:
tu lah... jomlah, sekali kita pakat balik ramai2, buat bbq kat pantai puteri ke?

zetty:
thanks. tu je yg berjaya diselamatkan, rumah tengah dan dapur dah dirobohkan.
:(