Showing posts with label gathering. Show all posts
Showing posts with label gathering. Show all posts

Sunday, 11 April 2010

Pak Supir atau Tak Berkawan Langsung?

Geng KY decided to meet up again. This time, all members, except Eirul and Yus, grouped together at Graha Residen for another fulfilling evening.

Before I proceed, let me put the record straight. This group has nothing to do with KY jelly or sexual cult. We are a group of harmless peace-loving people who meet regularly at Kak Yah food stall on friday night to share and exchange views on politics (everyone will try their very best to change subject once I brought any political in nature point of views), economic, social and religion.

With the intention to broaden our perspectives, I've invited a few guests to the said event. All were carefully selected with the hope to bring in radical points of view to our group. Our guests of honour for the night were Faizal and Salizan (representing private banking), Zack (civil servant), Sidee (ICT industry), Izack (customer management), Hairi (art & culture), Dollah (F&B) and Dayang (nation building and security).

And what did I put on the dining table? Well, a small spread of food which fit the definition of light dinner. Plus my first attempt to cook laksa sarawak. It was not mee hoon celup, ya Mus!!!

After dinner, some took the opportunity to watch superstar wannabes on Akademi Fantasia while some admiring the picturesque night view of Kuala Lumpur from Graha Residen.

We talked on a lot of issues. Cuma satu soalan tak terjawab. Mana lebih baik, "Jadi kawan sebagai pak supir atau tak berkawan langsung?"

Maybe we could answer this together at our next gathering. Kat rumah siapa pula ya?



Wednesday, 7 April 2010

Geng KY Get Together


Shah and Eirul invited all members of Geng Gerai Kak Yah for a makan-makan last Sunday, plus to welcome their new housemate, Yazeed.

Saturday, 20 March 2010

To Bagan Lalang Again!


Salizan and Faizal gave their friends (which includes me, of course! hehehe) a treat at Bagan Lalang Seaview Seafood. If I'm not mistaken, this is my third time there.

But, I think the food this time was not as good as my previous two visits. A bit more pedas! Or, is it because my taste bud was not doing me a justice?

Apa-apa pun, terima kasih daun keladi Salizan and Faizal. Jangan serik untuk ajak aku, Sukor, Azura, Ija, Kak Yati and her husband, Linda and her two gorgeous daughters.

Friday, 19 March 2010

Men in Black


Sham and I at Gerai Kak Yah celebrated Eijam birthday with Geng KY.

Sunday, 5 April 2009

Kuantan Trip 2009

Ini kali kedua aku ke Kuantan, di mana lawatan pertama adalah pada awal tahun 2007. Itu bukan lawatan pun, kerana aku pergi ke salah satu IPT tempatan untuk mengambil barang-barang adik aku, termasuklah baldi, toto, buku & rak kasut! Aku pergi bersama-sama Lia dan Fizul. Oh, aku terlupa yang aku pernah ke Kuantan pada tahun 2006, ketika menyertai satu pertandingan treasure hunt.

Kali ini adalah untuk memenuhi jemputan walimatul urus yang dipanjangkan oleh salah seorang kawan yang turut sama belajar di Manchester tahun lepas. Aku pergi dengan pak supir - Azzril, penolong pak supir - Rafin, dan Dini.

Pelan awal ialah untuk bertolak tepat jam 8.30 pagi. Namun, sebab pak supir dan mak supir (yang ditugaskan untk menghantar Dini ke tempat pertemuan) tak tahu selok belok jalan, perjalanan dimulakan sedikit lambat, kurang lebih, satu jam.

Sebelum berjalan, kami mengalas perut di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, yang terletak di Gombak.




Nasinya sedap, berlemak tapi sambalnya kurang umph! Bak kata Azzril, "macam sos cili saja!"

Thanks, Dini for paying for my breakfast. Bukan aku nak lari daripada membayar, tetapi aku telah ditugaskan untuk menyediakan kudap-kudapan. Oleh itu, aku bergegas ke kedai 7eleven yang berdekatan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Satu pemerhatian yang sempat aku buat ialah barangan di 7eleven agak lebih mahal daripada yang dijual di Kedai Mesra. Sebagai contoh, Twisties dijual dengan harga RM2.20 di 7eleven tetapi cuma berharga RM2.00 di Kedai Mesra. Tapi, di Mydin ianya berharga RM1.30 sahaja! Selain itu, setin Nescafe perisa original berharga RM2.10 di 7eleven, tetapi cuma RM1.90 di Kedai Mesra.

Hmmm...

Kami tiba di rumah pengantin kira-kira jam 12.30 tengahari, disambut dengan ramah tamah oleh ibu bapa pengantin, dan semestinya, Fendy, yang tampak baik dengan baju melayu. Thanks Azzril for driving us safely to Gambang, Kuantan.









Tiada bezanya majlis perkahwinan di Gambang, Kuantan dengan majlis perkahwinan di Melaka.

Rafin, Dini, Azzril dan aku amat gembira kerana dapat juga bertemu dengan kawan-kawan lama.

Azzril dan Rafin adalah bekas pelajar MRSM Jasin, sama seperti Fendy dan beberapa yang lain seperti Konda (maaf banyak-banyak sebab aku dan Dini asyik lupa the correct pronounciation of your nickname) dan Kay.

Dini dan aku adalah bekas pelajar University of Manchester (tetap nak mention, kan!!! hehehe), sama seperti Fendy dan beberapa yang lain seperti Ayap, Izuan, Shahril dan Shahrul.

Selepas kenyang dan selepas menyaksikan pengantin berarak dan duduk di atas pelamin, kami pakat beramai-ramai untuk ke Annex untuk check-in dan membersihkan diri daripada mandian peluh.

"Jom ke bandar, usha tali pinggang ke?" ajak si Rafin, memujuk Azzril yang sudah melengkar malas di atas katil.

Setelah dipujuk, didesak dan digertak, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke Berjaya Megamall.

Aiyo... ini ke tempat paling happening kat Kuantan ni!!! Oh ye... sebelum aku lupa, apa signifikannya "Malacka" or "Malakka" kepada orang-orang Kuantan, sebab banyak juga kedai kopi atau restoran yang mempunyai perkataan ini di atas papan tanda kedai mereka? Anyone?



Untuk makan malam, kami semua telah sepakat untuk ke Tanjung Lumpur untuk meratah ikan-ikan bakar. Kay, Rafin dan Konda telah ditugaskan untuk memilih ikan-ikan dan sotong-sotong yang segar untuk santapan kami.

Sementara itu, Dini dan Azzril asyik dengan sesi fotografi menggunakan camera phone kepunyaan Azzril, yang cuma 3.2 mega pixel itu! Hehehe...

Berbaloikah? Yeap, memang berbaloi. Kenyang betul aku malam itu. Sedap dan harganya juga berpatutan. Thanks Kondo for bringing us there.









Agaknya kerana cemburu mendengar kemeriahan kami bersantap di Tanjung Lumpur, Fendy beria-ia mengajak kami duduk lepak dengannya. Tempat seterusnya ialah Coffee Street Cafe (ke aku salah? tapi ada perkataan coffee dan ada perkataan street!)

Kami tidak lama di situ, sekadar untuk Fendy menghabiskan secawan kopi dan 3 atau 4 batang rokok! Kemudian kami terus beransur balik. Sebelum sampai ke Annex, Fendy bawa kami ke Lorong Metro untuk saksikan wanita-wanita tercantik di Kuantan! Chantek kah? Hehehe...

Di bilik, kami lepak dan berborak sehingga terlupa dengan rancangan awal untuk bermain Charade.

Mungkin ternampak aku agak tersengguk-sengguk menahan kantuk, we called it a day. Lagipun, esok kami hendak ke Teluk Chempedak.





Perkelahan kami di pantai Teluk Chempedak terpaksa dipendekkan dek hujan halau menantu. Hehehe, cari dalam kamus apa maksud frasa "hujan halau menantu". Tak pun, baca salah satu tulisan kreatif aku, sedikit masa dulu.



Sebelum meninggalkan Kuantan, kami pusing satu bandar untuk mencari tempat yang bersesuaian untuk makan tengahari. Pada mulanya, kami mencari satu kedai makanan Thai, tetapi kecewa sebab restoran itu tutup.

Biarpun kecewa, masing-masing tetap kemaruk untuk menjamu makanan Thai. Aku terlupa siapa yang mencadangkan Black Canyon, tetapi yang pasti Konda mengesahkan tentang kewujudannya di EC Mall (betul ke EC Mall?).

"Lah... kenapa tak bawa kami ke sini semalam? Buat apa kita ke Berjaya Megamall?" rungut Dini, Azzril, Rafin dan aku kepada Konda yang terpinga-pinga.

Sekali lagi, adakah berbaloi? Bolehlah... RM15.90 untuk Stir-fried noodles with Chicken Steak, dan dapat percuma semangkuk sup cendawan. And thanks to Rafin for suggesting me a glass of honey banana coffee yang berharga RM8.95 sahaja!

Maaf, aku leka berborak sampai alpa untuk mengambil gambar.




Kami bertolak pulang kurang lebih jam 3 petang. Kali ini, Rafin pula yang menjadi pak supir, sementara Azzril menjadi penolong pak supir. Aku dan Dini masih lagi menjadi penumpang yang baik lagi taat setia, dan tidak mengada-ngada.

Kami cuma berhenti di Genting Sempah untuk solat dan menunaikan qadr hajat.



Demikianlah perjalanan muda mudi gedik ke Kuantan. TAMMAT.

Sunday, 22 March 2009

BBQ Party in Melaka

Memandangkan hujung minggu ini tiada kelas tuisyen percuma untuk anak-anak yatim di Klang, aku ambil kesempatan yang ada untuk pulang ke Melaka. Menziarahi ibu bapa aku, dan adik-beradik yang lain.

Kebetulan juga, adik aku yang mengajar di Subang Jaya dan seorang lagi adik aku yang belajar di Kuantan turut balik. Jadi aku mengambil peluang yang ada ini untuk "makan besar".

Pada mulanya, aku rancang untuk ke Serkam Pantai, untuk makan ikan bakar ramai-ramai. Tetapi salah seorang adik aku, mencadangkan agar kami buat BBQ di rumah sahaja. Lebih puas makan.

Tanpa lengah, ibu bapa aku menyediakan bahan-bahan mentah - membeli ayam, ikan, udang, sotong dan ketam di Pasar Borong Melaka. Kecuali ayam. Itu dibeli daripada kedai kepunyaan sepupu aku.

Mira dan suaminya datang dengan beberapa juadah tambahan. My all... aku suka betul jambu air tu. Haruslah beli lagi!

Majlis kami diriuhkan lagi dengan kehadiran Ika dan Stongkol (aku pun tak tahu nama betul adik sepupu aku ini!). Kami ajak juga ibu bapa Nazrol dan adik perempuan dia, tapi mereka ada tetamu daripada Singapura. Cuma mewakili Ika dan Stongkol.



"Alah... lain kali tak boleh ajak Along dan Lia pergi makan ikan bakar. Buat rugi saja. Baru makan sikit dah kenyang!" rungut adik perempuan bongsu aku.

Mana tidaknya, juadah makan malam penuh satu meja. Itu pun masih ada berbaki lagi, nasib baik mak aku tak marinate semuanya.

Ke nasi lemak kosong tu banyak sangat portionnya? Ke sebab aku minum air tebu banyak sangat? Ke... banyak sangat telan asap?

"Setakat nyalakan bara pun, dah bising ke Along? Itupun tak hidup-hidup apinya!" rungut adik aku lagi.

Anyhow, it was an enjoyable weekend. And a satisfied one!


p/s: Tomorrow is my housemate's birthday. Happy Birthday, Ajoy. All the best in your undertakings. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

Thursday, 25 December 2008

Battle of the Two Families

Jangan sangka yang bukan-bukan.

Ini bukannya post pasal pergaduhan atau permusuhan antara dua keluarga. Ini adalah tentang pertandingan bowling sulung, di antara keluarga arwah Cikgu Jaafar dan keluarga arwah Hajah Senah.

Pertandingan persahabatan ini berlangsung pada 7 Disember 2008, di salah sebuah pusat membeli belah di World Heritage Site, Melaka Bandaraya Bersejarah!

Pemain-pemain dari famili arwah Cikgu Jaafar


Pemain-pemain dari famili arwah Hajah Senah

Setiap keluarga menghantar 2 pasukan yang masing-masing mengandungi 4 pemain setiap pasukan. Kumpulan keluarga Hajah Senah diuruskan oleh cucu sulungnya iaitu Ojot manakala kumpulan keluarga Cikgu Jaafar diketuai oleh Along.

Pertandingan ini turut diserikan dengan kehadiran Busu Mizan, yang mewakili keluarga Hajah Munah. Disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, keluarga Hajah Munah tidak dapat menyertaikan pertandingan ini.


Keputusan pertandingan bowling ini adalah seperti berikut:
Peserta terbaik: Fizul (Kumpulan Cikgu Jaafar A)
Kumpulan terbaik: Kumpulan Hajah Senah B

Juara - Kumpulan Hajah Senah B (Wan, Thaqib, Aiman & Aizat)


Naib Juara - Kumpulan Cikgu Jaafar A (Nurul, Fizul [Pemain terbaik], Nadia & Lia)


Ketiga - Kumpulan Hajah Senah A (Haziq, Ojot, Aman & Shukor)


Keempat - Kumpulan Cikgu Jaafar B (Lan, Niza, Mus & Mira)


p/s: Selamat Pengantin Baru kepada Khairul Husni dan Merry Christmas to all my Christian friends.

Sunday, 4 May 2008

Another far, far away mini reunion...


The spring is back with lots of flowers! And thank God, today's weather is so kind and lovely. It's bright and sunny almost throughout the day. I guess it's a good welcome for my long lost friend, Anne, who I've been met for about 11 years! If I'm not mistaken, the last time I saw her was at our graduation day in 1997. Anne is currently pursuing her PhD at the University of Loughborough.

And today is a reunion day for me and a couple of friends from my two years at the MARA College Banting. Like Anne, I've also not met them for 11 years. We agreed to gather at Na'aman's and Farah's for a makan-makan.

Anne and Yati came to pick me at about 10.30 am, and straight away we drove to Prestwich, which is about 8 mile from Fallowfield. Upon arrival, we were greeted by Farah alone, because according to her, Na'aman went out for groceries. We were the first to arrive, and without wasting any time, our chief, Anne, started to show us her wonders.

At first, she had entrusted me to cut the chicken that I bought yesterday into much smaller pieces. I've bought 8 pairs of chicken legs and asked the butcher to cut each chicken leg into 2 pieces (I should have asked him to cut it into 3 pieces instead!). She showed me the trick, by cutting at the joint so that I don't waste as much energy if I were about to cut the bone. Not only I'm a bad cook, I ended up "hancurkan" the chicken. To help me out from my hopelessness, she gave me another challenging task i.e. to cut red onions and garlics.

"After you finish that, please and please, have a sit and jamah my fried bihun, please!"

Not long after that, Na'aman came back with fresh mackerels from Bury. Then, came Azhan, which is not a MCBian, but a close friend of our hosts. After that, Shamsul Azri arrived with his wife, just before Salihan came with his wife and a 3 year old daughter. Oh my... the girl is super cute!

We chatted and tried as much as possible to catch up what we have missed for the last 11 years. And so many gossips were exchanged too! Don't worry guys, all of them were open secrets anyway. So, nothing was really, really new and NO controversy at all.

I just found out that Na'aman, Amir Imran and Irman Hussein were friends since their primary school days in Kelantan. However, Na'aman did not recall Faris. All this while, I thought Faris, Amir Imran and Irman were from the same school. Hmmm...

Anyhow, I append some pictures taken at the said reunion for your viewing pleasure.

This is how you grill mackerels!




Can you see the delicious Ayam Masak Merah?


Syamsul Azri, Na'aman & Nazirah




Yati, Anne, Salihan's wife, Farah & Na'aman


Farah, Syamzul Azri, Salihan, Azhan & Anne


Mini reunion of MCBians


Special thanks to the hosts!


And thanks Anne for the delicious Ayam Masak Merah and Kacang Merah Baguette


After a lovely lunch in Prestwich, I brought Anne and Yati to Chinatown since Anne want to purchase daun kesom for her laksa. Luckily, I don't eat laksa. If not, I will definetely won't let Anne to return to Loughborough without cooking it for me. Before the girls went home, we stopped for coffee at Caffe Nero.


Thanks, Anne for fulfilling my request for the delicious Ayam Masak Merah and I'm so glad to have meet my old friends. Insya-Allah, will see you again when Pistol comes to Manchester end of this month. Till then, please doakan so that I've the istiqamah to finish my courseworks. I really, really need those prayers!