Tuesday 3 January 2012

When To Use "Untuk", When To Use"Bagi"?

I received a query from a colleague on the above subject.

I, myself do not know it for certain. So, I did a quick search and found this post post from Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa. I hope it helps everyone of us from now on, on the proper usage of "untuk" and "bagi".

In summary, both words could be use interchangeably, except if the meaning is certain for A person.

Happy reading.


**********************************************************************************************

Untuk dan bagi

Untuk dan bagi ialah kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi yang tertentu. Kata sendiuntuk dan bagi boleh bervariasi atau bertukar ganti jika digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya;

Sebuah dewan untuk kegiatan penduduk Taman Rasa Sayang sedang dalam pembinaan.
Sebuah dewan bagi kegiatan penduduk Taman Rasa Sayang sedang dalam pembinaan.

Aktiviti untuk peningkatan akademik tahun hadapan telah siap disusun.
Aktiviti bagi peningkatan akademik tahun hadapan telah siap disusun.

Peralatan itu ditempah untuk pengajaran dan pembelajaran.
Peralatan itu ditempah bagi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa cadangan sedang dipertimbangkan.
Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa cadangan sedang dipertimbangkan.

Sebaliknya, kata untuk dan bagi tidak boleh bertukar ganti apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya;

Bagi siapakah hadiah ini. (X)
Untuk siapakah hadiah ini. (/)

Hadiah ini bagimu. (X)
Hadiah ini untukmu. (/)

Jam tangan ini bagi Fahmi. (X)
Jam tangan ini untuk Fahmi. (/)

Bagi siapakah kiriman itu? (X)
Untuk siapakah kiriman itu? (/)

Berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa penggunaan untuk danbagi hanya dapat dibezakan jika penggunaanya bermaksud sesuatu yang telah ditentukan atau ditetapkan untuk seseorang.

Jam tangan ini untuk Fahmi.

No comments: