Monday 2 January 2012

Alissya @Nandos

Makin manja dan mengada-ngada anak buah aku ni. Penat juga nak melayan kerenah dia di Sogo tadi. Teruja betul dia dengan eskalator. Aku dengan setianya, temankan dia turun naik eskalator.

Mak dan Abah nak cari sepasang dua baju untuk Alissya tapi sama ada tiada saiz, ataupun tiada warna yang diingini. Tapi Mak dapat sepasang baju setiap seorang, untuk Wafri dan Damia. Satu warna merah jambu, satu lagi warnanya biru.

Tapi Alissya dapat buku, yang aku belikan semalam di MPH dan juga dia dapat jam tangan. Jam tangan Angry Bird tu dibeli oleh Pak Usu. Suka betul dia dapat jam tangan tu.

Selesai membeli belah, aku bawa Alissya, Mak, Abah, Fizul dan Lan ke Nandos. Pada mulanya, aku mahu bawa mereka ke Kampung Baru. Akan tetapi, Fizul mahu segera pulang ke Melaka kerana dia masuk kerja malam ini.

Dan kerenah Alissya bersambungan ke Nandos. Memang bertuah betul budaknya tau! Masing-masing penat betul melayan si manja ini. Nasib baik, intan payung keluarga kami. Jadi, senyum saja lah :)

No comments: