Sunday 15 January 2012

Wafri Datang Lagi

Kalau tak silap aku, ini kali ketiga Wafri ke Puchong.

Minggu ini, ayahnya tak dapat pulang ke Melaka sebab ayahnya pulang ke Taiping. Menziarahi nenek Wafri. Jumaat lepas, rumah nenek Wafri dimasuki pencuri. Alhamdulillah, pencuri itu tidak sempat mengambil apa-apa, dan tak sempat juga mengapa2kan nenek Wafri sebab nenek Wafri sempat menjerit sekuat hati apabila ternampak sangat kelibat pencuri itu.

Oleh kerana ayah tidak dapat pulang ke Melaka untuk tengok Wafri, maka Wafri dibawa oleh Nenek Melaka, Mak Uda dan Pak Usu ke Puchong untuk jumpa ayahnya.

Terima kasih kepada Pak Nit, Mak Nit dan keluarga yang menyediakan tempat untuk perjumpaan kali ini.

Dan harap-harap, ibu bapa Wafri segera dapat rumah baru agar Wafri boleh bersama-sama ayah dan ibu setiap masa.

Alhamdulillah, Wafri yang sudah empat bulan 13 hari. Makin sihat dan kian comel. Syukur alhamdulillah.





No comments: