Thursday 31 January 2013

Ulang Terbit: M Sudah Kahwin


Sementara menanti minda ini bangkit untuk menukilkan sajak-sajak terbaru, izinkan aku menyiarkan kembali koleksi sajak peribadiku di Aku dan Sajak untuk segmen Ulang Terbit, pada setiap hari Khamis.



M Sudah Kahwin

M sudah kahwin 
dengan A 
kosong tiga kosong tiga 
dua kosong kosong dua. 

M sudah kahwin 
betul-betul sudah nikah 
tidak bohong-bohong 
bukan main-main. 

Cuma aku belum kahwin 
biarpun mahu kahwin 
tapi tak kahwin-kahwin. 

Kahwin oh kahwin 
di mana dikau! 

Setiap yang bertanya 
ku jawab belum sampai masa 
tiada rumah, belum berkereta 
lagipun usia masih muda. 

Dan ada yang bertanya lagi 
perlukah serba serbi 
sebelum cari suami atau bini 
tak cukupkah cinta di hati? 

M boleh juga berumahtangga  
biarpun belum kumpul harta 
bukankah senang kalau berdua 
lebih bersemangat menuju bahagia. 

Ah! alasan, kata mereka. 

Entahlah... 
tapi aku mahu kahwin 
betul-betul mahu nikah 
percayalah! 


Hasmi Haron 
Kuala Lumpur, MALAYSIA 
6 Mac 2002

Nota kaki:

  1. Karya yang merakam rasa hati penulis apabila menerima berita salah seorang sepupunya bakal mendirikan rumahtangga.

No comments: