Saturday 28 July 2012

Iftar @Graha Residen

Alhamdulillah, tahun ini aku tukar sikit amalan di bulan Ramadhan. Jika sebelum-sebelum ini, aku gemar menganjurkan rumah terbuka Aidifitri tapi tahun ini dan insya Allah tahun-tahun mendatang, aku bertukar cara, menjamu orang berbuka puasa.

Terima kasih banyak-banyak kepada Liza kerana sudi uruskan pemesanan makanan - sederhana saja supaya tetamu larat untuk isyak dan terawih selepas itu. Aku pesan nasi kerabu, dilawan dengan ayam percik dan ikan salut.

Terima kasih kepada Zafrul kerana menghadiahkan brownie dari Secret Recipe dan juga terima kasih kepada Fay, Zaimi dan Geng Bebudak Melaka di atas ole-ole yang dibawa.

Aku jangkakan kehadiran sekitar 20 orang tetapi 24 yang hadir ke majlis iftar yang tak seberapa itu. Thanks for coming guys. I'm overhelmed!

Moga iftar kita diberkati Allah taala.

No comments: