Sunday, 8 July 2012

Hijrah


Alhamdulillah, lepas satu, satu artis Malaysia yang berhijrah - daripada tak menutup aurat kepada menutup aurat.

Semoga kalian istiqamah dengan penghijrahan ini dan sedikit sebanyak memberi motivasi kepada rakyat terbanyak untuk turut serta berhijrah.

Dan menjadi harapan agar program bual bicara seperti Bicara Selebriti ini, akan terus bercambah dengan topik yang bermanfaat buat agama, bangsa dan negara.


p/s: Tahniah kepada Ella yang sudah mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang juruterbang FireFly. Semoga rumahtangga yang dibina itu bahagia dan diredhai Allah santak akhir hayat.
Post a Comment