Saturday, 31 December 2011

Ulang Terbit: Anak Itik

Satu lagi karya yang cuba bermain dengan subjek yang baru. Anak Itik ini adalah sebuah karya satira tentang office politics.

Anak Itik

Anak itik itu hitam gelap
macam bontot kuali,
tak pun macam Muthusamy
yang menjual kacang di bawah pokok Melaka
sebelah Muzium Samudera.

Anak itik itu busuk

macam kentut budak bujang rumah depan,
tak pun macam air rendaman kain
yang terbiar seminggu tak berbasuh
tengik.

Dan anak itik itu pemalu.

Tapi anak itik itu

putih hatinya
wangi kelakunya
garang kejujurannya.

Dan anak itik itu

tidak menyalah sesiapa
kalau berlaku bencana
dan tidak tuding jari
bila ada kesalahan pada kertas kerja
yang ingin dibentangkan kepada Ibu bank.


Hasmi Haron
Kuala Lumpur, MALAYSIA

10 Januari 2002
Post a Comment