Sunday 18 December 2011

Majlis Naik Buaian

Hari ini hari ke-48, Damia Batrisya dilahirkan. Empat yang lalu, adik perempuan aku (ibu Damia) genap 44 hari berpantang.

Hari ini Emak menganjurkan kenduri doa selamat, sempena Mira sempurna berpantang dengan selamat dan lancar. Dan hari ini juga sebagai tanda Damia naik buaian.

Emak menjemput kumpulan marhaban Pasir Puteh, Bachang untuk memeriahkan majlis.

Majlis ini dibuat secara kecil-kecilan tetapi cukup menyuburkan tradisi daripada mati ditelan zaman.

Puji dan syukur ke hadrat Allah atas rahmat dan nikmat yang berpanjangan. Terima kasih kepada kaum keluarga atas kehadiran yang besar ertinya ini.

Semoga Damia Batrisya akan membesar dengan limpah hidayah Allah taala dan menjadi kebanggaan keluarga.

No comments: