Monday 12 December 2011

Ombak Rindu

Aku tak tahu kenapa mamat ni terkejut bila aku cakap nak beli tiket filem karya terbaru Osman Ali, Ombak Rindu.

Apakah filemnya tidak sesuai untuk ditontoni aku? Atau filem ini bukan untuk tonton golongan Adam? Ataupun memang riak mukanya sebegitu?

Apa-apa pun, akhirnya hajat aku untuk menonton filem yang berjaya mengutip RM4 juta dalam masa 4 hari tayangan, tercapai.

Terima kasih kepada sepupu aku, Nazrol dan dua orang kawan - Ed dan Fendy, kerana sudi temani aku.

No comments: