Monday 26 December 2011

Melalak Lagi

Puas dapat berkaraoke dengan Geng McDonalds. Hari ini adalah cuti ganti kerana Hari Natal jatuh pada hari ahad.

Lama betul tak jumpa Radzi. Sekarang ini dia adalah pengurus di outlet Kota Kemuning. Masa aku mula kenal dia dahulu, dia cuma 2nd Assistant Manager di outlet KL Sentral.

Encik OC seperti biasa mendendangkan lagu-lagu bernada tinggi. Cuma hari ini, semput sikit. Bak kata Shikin, penambahan saiz badan! Hehehe.

Gembira juga dapat berjumpa dengan Ziana Din, yang sempat hadir sesudah tamat waktu kerjanya. Esok adalah hari terakhir beliau di Parkson, sebelum kembali semula ke industri restoran makanan segera.

Jangan serik untuk ajak aku lagi. Memang best berkaraoke dengan kamu, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu :)

No comments: