Saturday, 2 July 2011

PM Najib Segak Berbaju Kuning

Mungkin sebab PM kita cerah putih orangnya, jadi pakai apa-apa warna pun segak gayanya.

Jika dahulu rakyat diharamkan memakai pakaian kuning, warna yang berkait rapat dengan Institusi Raja. Tapi sekarang, tak jadi masalah langsung. Malah, rakyat Malaysia seperti rakyat jelata seantero dunia bisa berbusana dalam apa sekali warna tu.

Pernah satu masa dahulu, rakyat kita di'takut-takut'kan dengan warna hijau. Hatta seragam sekolah agama pun dipaksa tukar ke warna lain.

Aku pun hairan kenapa perlu fobia pada warna. Aku teringat amanat PM Najib, 1Malaysia is about inclusivity. Jadi mengapa ada yang suka melabel, suka membeza-beza, untuk memecah belahkan kekitaan kita?

Orang putih ke, orang coklat ke, orang hitam ke, kita tetap rakyat Malaysia yang kaya adat resam, budaya dan warna.

Takkan hendak dihapuskan rumah sukan di sekolah- sekolah yang menggunakan warna kuning.

Bak kata Tun Daim, "the game has changed".

Post a Comment