Friday 29 July 2011

Jom Makan Kek

Entah kenapa hari ini aku tidak keruan. Mungkin awal-awal pagi lagi sudah terkejut melihat bil elektrik.

Kemudian bila dah sampai stesen lrt, baru aku sedar yang dompet aku tertinggal di rumah. Ya Allah, apalah dugaan hari ini. Sudahlah mula-mula keluar rumah, di hadapan lif, baru aku sedar yang aku tak pakai tali pinggang. Kenapalah, masa masuk rumah tak sedar yang dompet tiada dalam poket.

Dalam merungut-rungut, bawa kereta laju-laju untuk pulang ke rumah. Sampai ke lrt bandaraya, kurang 10 minit ke 8.30 pagi. Oh, Ya Allah jangan aku lambat.

Berpeluh-peluh dengan beg sandang yang penuh dengan vitagen berkolagen untuk potluck anjuran jabatan bagi meraikan kedatangan ramadhan al mubarak.

Thank God that my presentation went smoothly. Kalau tidak, haruslah aku meroyan sepanjang hari.

Balik dari solat jumaat, mak datuk, banyaklah pula kerja-kerja ad-hoc. Terus berbelah bagi sama ada nak balik Melaka. Dan berbelah bagi sama ada nak dinner dengan my travel buddy ataupun tidak.

Lewat petang, dapat khabar tentang nenek dimasukkan ke Hospital Universiti. Saudara mara semua berduyun-duyun pergi melawat. Sepupu aku cakap kalau nak datang melawat, datang sebelum jam 7 malam. Aiyo, habis kerja kurang lebih jam 6. Nak ambil kereta di lrt Pandan Jaya lagi. Jam berapa mahu sampai ke sana.

Sudahlah trafik masuk ke Kuala Lumpur tersekat-sekat gara Sogo Sale! Aku dah taubat untuk drive ke Sogo untuk membeli belah. I was stuck inside the parking lot for more than an hour, sebab beratus-ratus kereta bersenggut-senggut untuk melalui satu way out sahaja! Unacceptable!

No comments: