Saturday 23 July 2011

10 Years of Service

Tahniah Myn. Sedekad di sesatu organisasi mungkin bukan satu perkara yang asing. Lebih-lebih lagi, kita di Asia yang terkenal dengan kesetiaan dalam pekerjaan.

Di organisasi kami, genap 10 tahun perkhidmatan, staf akan menikmati beberapa manfaat seperti cuti tahunan ditambah kepada 30 hari untuk Eksekutif ke atas dan caruman KWSP bagi pihak majikan dinaikkan kepada 18%.

Di samping itu, ada ole-ole dan sijil. Tapi hanya akan diberikan setelah menghabiskan tahun ke-10 perkhidmatan. Antara yang boleh dipilih sebagai ole-ole ialah Kijang Emas, set China dan rantai emas.

Aku sudah masuk tahun ke-10 perkhidmatan dan sudah menikmati dua manfaat di atas, cuma menunggu masa untuk memesan ole-ole kerana masih belum menyempurnakan tempoh tahun ke-10 perkhidmatan.

Aku ingat nak ambil Kijang Emas. Okey tak?

So, what's the arrangement at your company? Ke lebih bagus lagi?

2 comments:

Mya said...

i baru 6 tahun. tsktsktsk..

Harris Shah Abd Hamid said...

skim macam tu boleh meningkatkan kesetiaan pekerja. Di UIA, tak de pulak rasanya ganjaran yang diberi berdasarkan tahun perkhidmatan.