Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts
Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts

Wednesday, 7 August 2013

OFFICIAL MUSIC VIDEO: SYUKUR

Biar cantik, ceria dan berseri menyambut Aidilfitri...

Catchy tak lagu Raya ciptaan Faizal Tahir, commissioned by Watsons Malaysia. Suka juga melodinya. Apa-apa pun, dengarlah sendiri okey...


http://www.youtube.com/watch?v=wp4aLb3hqn0&sns=em

Syukur
Hilang hanya buat sementara
Kembali semula dipersada jiwa
Ku tunggu ku rasa rindu
Sabar ku menunggu setahun berlalu
Selamat hari raya
Biar syukur mengiringi ketawa
Mengingati semua tak kira dimana
Biar syukur mengiringi bahagia
Membawa rasa indah dihari yang mulia
Biar cantik ceria dan berseri
Menyambut Aidilfitri
Silap salah tangan ku hulurkan
Pohon kemaafan penuh keluhuran
Yang miskin usah dilupakan
Kasih diberikan dihari lebaran
Selamat hari raya
Biar syukur mengiringi ketawa
Mengingati semua tak kira dimana
Biar syukur mengiringi bahagia
Membawa rasa indah dihari yang mulia
Biar syukur mengiringi ketawa
Mengingati semua tak kira dimana
Biar syukur mengiringi bahagia
Membawa rasa indah dihari yang mulia
Biar cantik ceria dan berseri
Menyambut Aidilfitri
Biar syukur mengiringi ketawa
Mengingati semua tak kira dimana
Biar syukur mengiringi bahagia
Membawa rasa indah dihari yang mulia
Biar cantik ceria dan berseri
Menyambut Aidilfitri
Sent from my iPhone

Sunday, 7 July 2013

Kak Pepah Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Bertemu lagi kita. Alhamdulillah syukur kepada Allah taala. Harap-harap semua sihat wa'afiat.

Kak Pepah minta maaf sebab tidak menulis pada minggu lepas kerana ada perihal keluarga yang mendesak. Syukur kepa Allah taala segala sudah beres.

Cuma Kak Pepah tak faham tentang bintang realiti tv ini.

Pihaknya cakap dia digam, pihak stesen tv pula menafikan. Tapi tak pula Kak Pepah nampak kelibat artis ini di tv3, ntv7 dan tv9. Jadinya, betullah kena gam?

Sekarang ini tahun 2013, bukannya 1963 atau 1983! Dunia makin pesat berkembang dan bergerak.

Cuma pihak media massa di tanahair kita ini tak sudah-sudah:
1) nak mengampu tak tentu hala; ataupun
2) nak memperbodohkan rakyat.

Kak Pepah secara peribadi tak kisah sekiranya artis-artis yang digemari cenderung untuk memberi kritikal berbaur politik.

Di Amerika Syarikat, keluarga Baldwin pun tidak sepakat tentang politik. Di kala Stephen Baldwin berkempen untuk parti Republikan, abangnya menyatakan sokongan untuk parti Demokrat.

Tak masalah untuk keluarga Baldwin mahupun media massa di sana.

Tapi tidak di Malaysia. Andainya ada artis yang condong kepada PR, ada saja sekatan yang muncul tiba. Tapi yang sokong BN tiada pula kengkangan dari media massa.

Rakyat Malaysia sudah bijak dan matang. Mereka tahu itu semua adalah pendapat dan hak individu. Janganlah mempolitikkan industri hiburan tanahair!

Kepada Faizal Tahir, Kak Pepah ucapkan selamat maju jaya dan teruskan berkarya. Rezeki di tangan Allah taala dan bukannya ditentukan oleh pembodek-pembodek itu.


Alec Baldwin

Stephen Baldwin

Faizal Tahir

Sunday, 24 March 2013

OFFICIAL MUSIC VIDEO: Berani

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/hE9z0GpPf8g

What a good and brave attempt by two influential Malaysian musicians, Yasin and Faizal Tahir. Bak kata pepatah, berani kerana benar.

Sent from my iPhone