LESSON ONE
(Sesaja judul Omputeh)
Pelajaran siasah tahun sudah:
mulanya, tubuh syarikat negara.
Kemudian hutanglah sesedap rasa.
Tersentap, naikkan cukai segera.
Lebih darurat, cepatlah ke pajak;
lelong sebanyak semurah terdesak.
Tak payahlah dihirau citra bangsa,
sebab tercekik di masa cedera.
Bangunkan dulu tembok undang-undang
pasti tak terburai dan tak terbongkang.
3/1/2016 A. SAMAD SAID
Sent from my iPhone