Showing posts with label myMuzik. Show all posts
Showing posts with label myMuzik. Show all posts

Monday, 24 June 2013

OFFICIAL MUSIC VIDEO: I Love You

Another promising single from Malaysian teenage singer-songwriter, Najwa Latif.

Let enjoy the song first, then we go to my two cent on this single and video music.



Dari segi melodi lagu I Love you ini, masih lagi sebuah lagu yang catchy dan radio-friendly, cuma stailnya tiada berbeza sangat dengan lagu-lagu beliau yang sebelum ini. Begitu juga gubahan muziknya juga biasa-biasa saja.

Dari segi lirik, biarpun tidak putus tetapi yang menariknya tentang lirik-lirik lagu Najwa Latif ialah ianya ringkas dan straight to the point. Kerana ianya ringkas, pelbagai interpretasi boleh dibuat. Dan mungkin kerana ini lagu-lagu Najwa Latif senang untuk connect dengan pendengar.

Najwa Latif sangat bertuah kerana dia mendapat syarikat rakaman yang tidak lokek untuk keluar duit membuat muzik video yang cantik. Tidak seperti Siti Nurhaliza di awal-awal karier beliau.

Naratif muzik video ini a bit predictable. Akan lebih melankolik jika disoroti dan dirakam rasa dan perasaan Najwa Latif yang dalam diam mencintai protagonis dalam muzik video ini.

Berapa bintang untuk lagu dan video muzik ini?

Lagu: ***1/2
Video muzik: ***1/2

Thursday, 20 June 2013

Congrats, your video's now on YouTube!

From: YouTube <noreply@youtube.com>
Date: 20 June 2013 22:10
Subject: Congrats, your video's now on YouTube!


                                             
Way to go, Ron Hasmi!
Your video's now on YouTube.

Want to spread the word about your newest video? Share your video
For easy uploading, check out the free YouTube Capture app. It creates beautiful videos and makes sharing simple on your iPhone, iPad or iPod Touch.
We've sent this email to arenaku@gmail.com to let you know that your upload is finished processing and is ready to be shared. You can unsubscribe from notifications for finished uploads by visiting Email Preferences.
©2013 YouTube, LLC 901 Cherry Ave, San Bruno, CA 94066

Saturday, 25 May 2013

OFFICIAL MUSIC VIDEO: Dwihati

Take a look at this video on YouTube:
http://youtu.be/iwEmWBCSfV0

Another good collaboration, this time between Aizat Amdan and Yuna, titled Dwihati.

Enjoy!

DwiHati

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan

Penuh warna

Penuh seni
Tak layak ku miliki


Jangan kau berpura
Engkau juga sama

Membuat aku rasa tenang

Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu

Andainya

Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu


Diantara kita
Suka sama suka

Aku pasti kau punya hati

Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta

Kan berakhir sesempurna

Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu

Andainya

Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu


La la la la
La la la la


Lagu: Anas
Lirik: Anas, Aizat & Noh Salleh

Gubahan: Anas, Aizat & Yuna 

Artis: Aizat Amdan ft. Yuna


Sent from my iPhone

Sunday, 24 March 2013

OFFICIAL MUSIC VIDEO: Berani

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/hE9z0GpPf8g

What a good and brave attempt by two influential Malaysian musicians, Yasin and Faizal Tahir. Bak kata pepatah, berani kerana benar.

Sent from my iPhone

Wednesday, 2 January 2013

No Yuna on AJL27


It's official that Yuna will give AJL27 a miss!
According to her manager, Wawa, Yuna will not be performing on the night because it clashes with the recording of her latest album in LA, USA. Nevertheless, she will discuss with TV3 on selecting a singer to sing Terukir Di Bintang on that night.
Although I personally do not think Terukir Di Bintang will win, I was looking forward to watching her live performance.
Aku suka tengok persembahan dan interpretasi beliau secara live. Segar baik segi penyampaian mahupun gubahan lagu.
Anyhow, all the best to Yuna in the singing career. Do continue make us proud :)

Friday, 14 December 2012

Zeitgeist 2012

Google has recently released the search trends in 2012 for Malaysia.

Apa tu? Ia adalah analisis tentang carian yang dilakukan di Malaysia sepanjang 2012. Ada kurang lebih 14 kategori seperti lagu, atlit, blog, kereta dan gambar. Untuk senarai penuh, boleh klik di sini.

Aku tertarik kepada kategori lagu, di mana penyanyi muda Najwa Latif mengungguli tiga kedudukan di dalam senarai 10 teratas. Lagu-lagu tersebut ialah Untuk Dia, berduet dengan Sleeq di tangga ke-4, lagu berjodol Kosong ke-6 dan single sulungnya, Cinta Muka Buku ke-10. 

Wow! 

Selain Najwa Latif, Hafiz turut unggul di tangga ke-8 bersama Adira untuk lagu Ombak Rindu dan di tangga ke-9 bersama Siti Nurhaliza untuk lagu Muara Hati.

Apa-apa pun tahniah buat mereka berdua dan kesemua yang dinobat dalam kategori-kategori masing.

Friday, 17 June 2011

Radhi Berubah Kerana Anak




This article was first published on Malaysian Digest.


Radhi: Berubah Kerana Anak

SUDAH empat bulan Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd. Radhi Razali menjalani kehidupan di rumah Pengasih iaitu sebuah badan profesional merawat penagih dadah. Rutin hidupnya kini berubah total.

Jika dahulu, dunianya hanya bermula selepas matahari tenggelam tetapi kini sebelum matahari naik, Radhi harus bangun seawal pukul 4.30 pagi, solat subuh berjemaah, mengikuti program dan menjalani aktiviti riadah kegemarannya iaitu bermain bola sepak pada waktu petang. Itulah rutin hariannya.

Hasilnya, ketika bertemu dengannya di Pengasih pada Rabu lalu, Radhi dilihat semakin berisi, semakin sihat dan wajahnya semakin tenang. Senyuman bahagia tidak berhenti terukir di bibirnya.

Ceritanya, sudah beberapa kali dia bergelut untuk keluar daripada masalah penagihannya bagaimanapun dia sering kecundang. Akhirnya hasil dorongan rakan-rakan dan keluarga, dia secara sukarela mendaftarkan diri di rumah Pengasih.

“Ketika itu saya berbelah-bahagi sama ada ingin masuk atau tidak kerana sebelum ini saya memang pernah berniat untuk masuk Pengasih tetapi ada sahaja halangan. Namun ada seorang rakan saya yang mencabar saya untuk pulih menyebabkan saya tanpa berfikir panjang terus ke sini.

“Saya berfikir, kalau saya tidak masuk Pengasih pada hari itu, saya tidak tahu bila lagi saya akan ke sini. Kehidupan saya rosak teruk akibat masalah penagihan saya. Lima tahun saya hilang daripada dunia seni kerana dadah, rumah tangga saya juga runtuh kerana dadah. Saya tidak larat lagi menjalani kehidupan seperti itu,” ujarnya.

Tuturnya yang kini berusia 33 tahun, sebab utama dia tekad melakukan perubahan drastik dalam hidupnya adalah kerana anak tunggalnya Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia enam tahun. Radhi enggan masalah penagihannya mengecewakan anaknya yang semakin membesar.

“Saya tidak mahu anak saya menjadi seperti saya dan membesar dalam suasana yang tidak baik. Sebab itu, saya mahu berubah. Saya memang seorang yang degil, lihat apa sudah jadi dengan hidup saya. Saya sedar ramai orang yang kecewa dengan saya. Saya sendiri yang cari penyakit ini, jadi hanya saya seorang yang boleh mencari ubatnya,” katanya.

Tahun lalu, Radhi cuba menghilangkan masalah ketagihan dadah dengan mengikut kumpulan jemaah tabligh, dengan imej berserban, ramai rakan-rakannya terkejut dengan perubahan diri dan menjauhkan diri daripadanya.

“Saya cuba beberapa kali untuk keluar daripada masalah, tetapi akhirnya dengan saya sekali hanyut semula. Jadi, saya memilih Pengasih kerana ia sebuah badan profesional, saya bersyukur saya berada di sini daripada penjara atau pusat serenti,” luahnya.

Salah pilih idola
Mengimbas semula rentetan penjalanan hidupnya bagaimana Radhi boleh terjebak dengan dadah, semuanya bermula selepas band OAG meluncurkan album pertama mereka Old Automatic Garbage sekitar tahun 1997 dia mula mengambil dadah.

Jika kebanyakan artis mengambil dadah untuk menghadapi masalah gemuruh ketika di atas pentas, tetapi berlainan pula dengan Radhi yang mengambil dadah tanpa sebab dan mengikut idolanya, Kurt Cobain daripada band Nirvana.

“Saya salah pilih idola dan dalam masa yang sama terikut-ikut dengan gaya hidup rakan-rakan lain. Sebenarnya saya tidak perlukan dadah untuk menyanyi di atas pentas kerana ketika album pertama dikeluarkan saya masih bersih daripada dadah.

“Persembahan saya ketika ambil dadah dan tidak ambil dadah tiada bezanya. Cuma saya yang sering menciptakan alasan harus ambil dadah untuk menyanyi. Saya tidak perlu dadah untuk menyanyi atau cipta lagu, bagi saya menyanyi dalam keadaan sedar sepenuhnya lagi seronok daripada saya dalam keadaan khayal dengan dadah,” ucapnya yang memberitahu idolanya kini adalah Nabi Muhammad SAW.

Jika ada yang masih ingat, pada tahun 2001, Radhi pernah membuat kenyataan di sebuah akhbar mengenai masalah ketagihan dadah, bagaimanapun selepas tiada respons dan tidak diendahkan orang ramai, Radhi beranggapan masyarakat tidak kisah dengan masalah peribadinya asalkan dia memberikan persembahan terbaik ketika di atas pentas.

“Selepas saya buat kenyataan tentang masalah dadah saya, tiada orang peduli dan orang lupa. Jadi, saya ingat, orang tidak kisah dengan kehidupan peribadi saya asalkan saya berikan persembahan yang mereka mahu, jadi saya terus hanyut dengan dadah,” balasnya.

Gaya hidupnya yang suka berdikari dan hidup sendiri juga antara penyumbang kepada masalahnya itu. Enggan mendengar nasihat keluarga menyebabkan dia menyesal dengan jalan yang dipilihnya.

“Secara jujur, dulu saya rasa saya tidak perlukan keluarga, saya boleh hidup sendiri. Keluarga beri nasihat saya tidak dengar, sekarang semuanya berbeza kerana baru saya rasa saya amat memerlukan keluarga.

“Syukur, sepanjang saya di sini keluarga ada datang melawat termasuk anak saya Rifdhi yang kini di bawah jagaan bekas isteri saya, Shazlin Sharif. Anak saya ingat Pengasih rumah baharu saya seperti saya di kolej,” katanya yang tidak tahu berapa lama akan menerima rawatan di Pengasih.

Outlet
RADHI tanpa segan mendedahkan masalah ketagihan dadah kepada media.

Meskipun berada di rumah Pengasih, kerjaya seninya tidak terhenti begitu sahaja. Jiwa Radhi masih setia dengan muzik dan kini muzik antara terapi jiwa yang paling berkesan untuknya melupakan dadah.

Band OAG masih wujud dan akan terus wujud bersama Radhi, bagaimanapun dirinya yang kini terpisah daripada dunia luar menyebabkan Radhi menubuhkan sebuah band bernama Outlet di Pengasih.

Bersama dua anggota lain iaitu Muhammad Kamil Mohd. Muazam (gitar) dan Hafizi Harun (drum), Outlet ditubuhkan untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya dadah.

“Outlet adalah band latihan sebelum saya keluar daripada Pengasih, apabila saya keluar daripada Pengasih, Outlet akan diteruskan oleh generasi seterusnya. Di luar saya Radhi OAG, di sini saya hanya Radhi sahaja.

“Sepanjang saya di sini idea memang banyak, antara lagu baharu yang saya cipta di sini adalah Aku Perokok Bodoh dan Tears Spark Street. Semuanya untuk band Outlet. Saya gunakan Outlet untuk berkongsi kisah mengenai dadah dengan masyarakat,” terangnya.

Kali terakhir kelibat Radhi di pentas adalah pada Disember tahun lalu untuk konsert Rock The World dan album terakhirnya adalah pada tahun 2006. Berazam untuk kembali ke pentas seni selepas keluar kelak, dia berazam untuk teruskan muzik band OAG dan juga Outlet, malah dia juga dilamar oleh Warner Music Malaysia.

“Misi saya adalah untuk teruskan rawatan dan pulih sepenuhnya daripada dadah. Band Outlet akan menjadi sebuah band sosial, kiranya ia merupakan salah satu input saya buat masyarakat. Outlet bukan sekadar band tetapi juga band yang membantu menyedarkan saya. Sebelum saya tolong orang lain, biarlah saya tolong diri sendiri dulu.

“Doakan yang terbaik buat saya, terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada saya meskipun saya banyak mendatangkan masalah sebelum ini. Saya berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik untuk keluarga, anak dan juga peminat saya,” katanya sebelum meminta diri.