Thursday, 24 February 2011

Aku Bujang dan Senang

Don't get me wrong. This is not a post to brag about my financial. Senang here means happy. I'm single and currently happy with being single. Lebih kurang macam itu lah.

Last night, while waiting for the speaker, my table talked about family. A is happily married. B is blessed with two or three kids. Meanwhile, C is expecting her first. Ops... that was a different lady. This woman is expecting her third.

During the discussion, I just put my focus on the food in front of me. Not that the food was super duper delicious, but because I know how this conversation will progress.

All three pairs of eyes stared at me as if I was ngelat, not doing my part in this discussion.

"So, how many kids you have?" asked the pregnant lady to me.

"Oh, saya bujang senang" I answered with the expectation that they will get signal that I'm not into such conversation.

"Ooo... you must be choosy ni!" said the short guy sat opposite of me, with the facial expression that he totally understand me.

Oh sudah! Aku pasti soalan tadi akan berjangkit-jangkit. Memang betul pun. Lepas seorang lagi sampuk, cuba sebaik mungkin untuk meyakinkan aku bahawa aku sangat rugi kerana melambat-lambatkan perkahwinan.

Kakak yang mengandung tu menambah lagi, "Tengok gaya, dah ada tu. Mesti dah ada dah tu! Betul tak?"

I know I must kill off this conversation before it too late. Suddenly, an evil idea popped up in my mind!

"Girlfriend saya yang tak nak kahwin. She only wants sex buddy. No string attached. Apa boleh saya buat. Ikutkan saja lah."

Oh, God... you guys should look at their face. Masing-masing terbeliak biji mata. Kakak tu buat dengar tak dengar.

Aku bangkit terus pi ambil pencuci mulut. Dalam hati, berdekah-dekah aku gelakkan mereka. Tapi sekarang ini, bila aku fikir-fikirkan balik, kemungkinan besar aku bukannya gelakkan mereka, diri aku sendiri. Ye ke? Sedihlah...

Wednesday, 23 February 2011

Kad Kredit

Semenjak Kerajaan mengenakan cukai RM50 ke atas setiap kad kredit yang dipegang oleh setiap rakyat Malaysia, aku telah membatalkan dua daripada tiga kad kredit yang aku guna/pegang selama ini. Dan aku masih lagi tertanya-tanya, kenapa dikenakan cukai RM50 ini ke atas SETIAP kad kredit.

Is the message to discourage credit card debts? Why not impose the tax on the second card onwards?

Frankly speaking, the reason why I use credit card, instead of debit card is because of the 0% easy payment scheme that offered by the credit card issuers. Previously, another reason was the reward points for each transaction paid using the credit. But now, debit card has this feature too.

Not that I'm promoting debt (although there are good debts, bad debts), but this facility to some extent helps to improve cashflow, especially during crucial months such as festive seasons or 'buka sekolah' time. In my case, when I feel like rewarding myself with one or two big purchase. Why should I pay lump sum, if I could pay on monthly installments at no additional cost? In fact, I could earn hibah or profit if I invest a portion of the fund in savings or Islamic FD account! :)

Yesterday, I received a small package from a foreign bank. Ya, betul. Satu lagi kad kredit untuk aku.

Sebenarnya aku terpujuk untuk memohonnya apabila jurujualnya meminta aku membantu dia untuk memenuhi kuota yang diperlukan untuk bulan ini.

"Bolehlah bang, untuk saya achieve target saja. Nanti kalau abang tak nak guna, abang boleh cancel saja."

Out of kasihan kot, aku pun signed up for the card.

Dan sekarang aku pun sudah dapat kad kredit tersebut. Dan aku dapat rasakan bahawa aku takkan menggunakan kad tersebut.

So should I cancel it now or wait until one year since the bank already paid the RM50 tax for me for first year? Oh my... I've forgot to put down my signature at the back of the card!!!

Sunday, 20 February 2011

Lagu, Hari Jadi, Adik dan Tunang

Malam tadi aku lari sebenar ke Le Cateau de Puah untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran Ramlah Ram dan sesi pradengar single terbaru Ramlah Ram yang bertajuk Benar Mencintai.

Sementara itu, Niza dan tunangnya terpaksa keluar rumah sebentar, menghabiskan waktu bagi memberi peluang kepada aku untuk berlibur dengan Ramlah Ram dan Ramlah Ram Group. Thanks to Niza and her fiancee.

Lagu ini menampilkan Faris, penyanyi utama kumpulan muzik indie Awanband.

Ini adalah kali kedua Ramlah Ram merakamkan lagu ciptaan sepenuhnya oleh ahli Ramlah Ram Group, selepas kejayaan lagu Cinta Gila.

Kedua-dua buah lagu disusun muziknya oleh Ammar, seorang pelajar jurusan muzik di UiTM Shah Alam.

So, what you guys think of this song? Boleh cari makan tak? Anyhow, congratulations to all that involved in this project. You guys had once again done a good job. Keep up the good work and thank you to Ramlah Ram too, for having faith in these talented young people.

Enjoy u'ols :)

Monday, 14 February 2011

Apa Yang Kucari

Aku gemar betul dengan lagu-lagu nyanyian Endang S. Taurina. Salah seorang penyanyi dari seberang yang aku suka, dan seorang lagi ialah Dessy Fitry.

Walaupun tona vokalnya tidak sehebat Dessy Fitri ataupun Hetty Koes Endang, tapi aku tertarik dengan nyanyiannya.

Enjoy!

Sunday, 13 February 2011

Hari ahad yang panas

Panas, hari ini betul-betul panas. Nasib baik aku sudah melunaskan urusan belanja runcit di awal pagi. Jika tidak, haruslah ditunda lagi. Balik sahaja dari Tesco Ampang, aku tanam hajat untuk duduk ontok-ontok di rumah. Mungkin menyudahkan basuhan pakaian yang penuh sebakul.

Kemudian, Faizal menefelon. Mengajak aku ke majlis perkahwinan anak saudara Wok. Allah... aku bab-bab majlis kahwin ini, susah sikit. Lebih-lebih lagi, majlis yang diadakan di dewan-dewan besar, yang punyai protokol yang bukan-bukan.

Lebih kepada kasihan kepada Faizal, aku pun memberi persetujuan.

Tertangguhlah nampaknya hasrat aku untuk ke kiosk Digi untuk menukarkan pelan telefon tangan aku. Aku berura-ura untuk menukarnya kepada pelan Digi. Dan mungkin juga ingin ambil pelan internet jalur lebar juga.

Nak tunggu pakej UNIFI, tak kunjung tiba pun di kawasan perumahan aku. Kalau ikutkan perancangan awal, bulan Disember 2010 sebetulnya sudah sampai. Tak ada rezeki aku kot.

Harap-harap, esok tak ramai di pejabat. Boleh aku siapkan beberapa tugasan dengan tenang dan tanpa gangguan.

Hari selasa nanti, aku terlibat dalam perarakan Maulidur Rasul. Aku perlu betulkan niat. Niat patut dipusatkan kepada rasa rendah diri untuk menghayati sirah hidup Nabi Muhammad saw, bukannya untuk dapat sepersalinan percuma. Ya Allah, Kau hindarikan segala kemungkaran dari diri ini, dan jauhikan prasangka yang tidak baik dari hati ini. Aamin...

Salam Maulidur Rasul buat semua, semoga kita mendapat syufaat daripada baginda di akhirat kelak.