Sunday, 28 December 2014

Prayers for all passengers and crews of QZ8501 flight

I'm shocked and speechless. Oh, not again!

Ya Rabbi, permudahkanlah segalanya.

My thoughts for all passengers and crews on the QZ8501 flight, operated by AirAsia Indonesia that has went missing on Sunday morning. Please stay strong.

And my prayers too for all victims affected by the massive floods in West Malaysia.

Semoga Allah perteguhkan semangat semua dan permudahkan segalanya. Aamin.

Monday, 15 December 2014

Al-fatihah buat Dato' Mustapha Ma'arof

Gambar ihsan daripada Zack Zackozerek -abcendol.com
Industri seni tanahair kehilangan seorang lagi anak wayangnya. Mula diperkenalkan menerusi filem Hang Tuah, Dato' Mustapha Ma'arof mula memegang watak utama dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.

Dato' Mustapha Azahari Ma'arof, 79 tahun,
telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini akibat komplikasi masalah paru-paru.

Semoga Allah mengampunkan arwah dan menempatkan roh beliau di kalangan hamba-hamba yang diredhai-Nya.

Al-fatihah.

Sunday, 14 December 2014

Puteri Balqis Aziz wins again!

She won her first best acting by an actress in a leading role last month at Anugerah Skrin 2014, in her excellent performance in a telemovie titled Balqis. Puteri Balqis is so far the youngest Malaysian in to win best actress category after beating big names such as Normah Damanhuri and Nad Zainal.

She made another history last Thursday to emerge as the youngest actress to win best actress award at the 19th Asian Television Awards in Singapore. She beats big names in Asia, including Joan Chen.

Congratulations to Balqis and keep up the good work.

Monday, 8 December 2014

Juara Sulung Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid

Pasukan Kaki 3 yang dibarisi oleh Mohd Amin, Mohd Fahmi dan Mohd Raziran
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kaki 3 yang telah muncul sebagai Johan di dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup 2014, setelah menumpaskan pasukan Dedau A. Selain pingat, goodies dan hamper, pasukan ini menjadi pemenang sulung Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid.

10 kumpulan belia telah berentap dalam perlawanan kalah mati yang dijalankan pada 7 Disember 2014 di balai raya Kampung Pasir Puteh, Bachang Melaka dan Dewan JAPERUN DUN Bachang. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Sapian Abu Sop, Pengarah JASA Melaka.

Tahniah diucapkan kepada kesemua pasukan yang bertanding dan juga kepada pihak penganjur. Semoga kejohanan ini akan menjadi acara tahunan yang dinantikan oleh para belia di negeri Melaka, in shaa Allah.

Friday, 5 December 2014

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Bachang 2014



Kepada yang lapang dan senang pada hari Ahad ini, jangan lupa untuk datang dan memberik sokongan kepada pasukan-pasukan yang akan berentap untuk menjulang Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid.

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Bachang 2014 ini adalah anjuran bersama Belia 4B Pasir Putih dan Pemuda UMNO Cawangan Pasir Puteh, Bachang.

Menurut ketua jawatankuasa penganjur, Encik Hasfizul Hamdan, kejohanan ini terbuka kepada semua belia, terutamanya remaja daripada kampung-kampung di bawah DUN Bachang, tidak kira latar belakang masing-masing.

Jadi... jumpa anda di sana!

Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid

Monday, 1 December 2014

Gegar Vaganza

Malam tadi buat pertama kalinya aku menonton rancangan terbaru Astro Ria, Gegar Vaganza. Konsert ketiga itu menampilkan 11 artis (menurut Mak aku ada 12 penyanyi semuanya, di mana Hasnol telah terkeluar pada minggu kedua) yang pernah mewarnai industri seni suara suatu ketika dahulu untuk membuat "comeback".

Rata-rata penyanyi yang mengambil bahagian tiada daya juang yang tinggi. Malah kreativiti yang cuba diketengahkan agar hambar dan ketinggalan zaman. Pendek kata, masing-masing tiada aura yang memukau.

Jangan salah anggap. Kebanyakan mereka masih boleh menyanyi dengan baik, cuma mereka hanya setakat menyanyi. Yang lebih menyedihkan, ada yang terikut-ikut gaya penyanyi asal.

Tiada usaha-usaha improvasi langsung!

Setidak-tidaknya kita mahu "kelahiran semula" seperti mana Tomok lakukan dalam rancangan One In A Million! Daripada seorang penyanyi yang agak nasal kepada penyanyi yang beraura baharu dan segar.

Mungkin format rancangan ini boleh diperkemas dengan memasukkan kerjasama daripada komposer/penerbit yang prolifik untuk membantu penyanyi-penyanyi ini "berkarya".