Tiga biji kereta keluar makan tengahari ini. Dua ke Restoran Tupai-Tupai, dan satu ke Che Yah Seri Melaka Ikan Bakar.
Ini kerana ramai ke Tupai-Tupai, jadi memang susah nak dapatkan parkir.
Wednesday, 25 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Tonton Mobile:Versus-Episode 2
Best! Terbaik!
http://m.tonton.com.my/#episode_info?id=063CF36E-5C8B-4C7D-9568-A02F003FBF66
Sent from my iPhone
Saturday, 21 April 2012
Revisit Penang Hill
Aku pergi lagi. Tempohari pergi dengan Geng Bebudak Melaka. Kali ini pergi dengan Rafin, Amad, Zul dan Ajoi.
RM8 untuk perjalanan dua hala.
Ada tarikan baru iaitu Muzium Burung Hantu. The first in Southeast Asia! Kami pun sempat cuba makan di Astaka Bukit Bendera, its latest food court.
Friday, 20 April 2012
Itu Bukan Mislina Mustaffa
Aku lakonan beliau, terutama dalam filem Puaka Tebing Biru.
Kalau aku bikin filem, memang aku nak ambil dia berlakon.
Mislina turut menyokong mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka. Aku percaya ini bukan isu politik. Ini isu pendidikan.
Pandangan aku jelas dalam hal ini. Pendidikan bukannya barangan niaga seperti rumah dan kereta. Pendidikan, seperti kesihatan adalah hak asasi. Dan menjadi tugas pemerintah untuk menyediakannya kepada rakyat.
Free Education For All. Malaysia Boleh!
Tuesday, 17 April 2012
Happy Birthday Ed
Moga murah rezeki, berkat usia dan bahagia sentosa.
Thank you Annisue for inviting me to the birthday party. Terima kasih daun keladi, ajak-ajaklah lagi.
Kepada yang tak kenal, Ed adalah salah seorang pengasas produk kecantikan Annisue. Cubalah produk tu uols. The products received good testimonial from my close friends :)
Monday, 16 April 2012
Inflasi Ke Uols?
Aku tak tahu sama ada aku ni jenis ignorant atau aku betul-betul tak sedar dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Santak aku makan tengahari ke kafeteria.
Mak aiii!!! RM7 untuk 3 jenis lauk - baby kailan, ayam potong dadu masak kicap dan japanese tofu.
Seingat aku, juadah yang kurang lebih seperti ini RM5.50 - RM6, iaitu RM1.50 untuk sayuran, RM1.50 untuk japanese tofu, dan masakan ayam RM2.50. Kalau ayam goreng harganya RM3.
There gone my RM5 lunch meal. Aku benci, benci, pada dirimu!!!
LRT Did It Again!!!
Aku pun tak pasti dah berapa banyak post yang guna tajuk ini. Banyak kot!
Aku betul-betul tak faham, susah sangat ke nak selenggara sistem LRT yang tepat dan cekap untuk larat.
Kalau orang Thai boleh, takkan kita tak boleh. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan perkhidmatan LRT terganggu.
Apakah ini kesan daripada projek yang tidak menjalani proses tender terbuka?
Bukan sikit duit rakyat yang digunakan untuk projek perkhidmatan awam ni! Why must rakyat settled for lousy technology, poor service?
Tak faham ahkak Ogy tau!
Sunday, 8 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)