Showing posts with label Kak Pepah. Show all posts
Showing posts with label Kak Pepah. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

Kak Pepah Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Bertemu lagi kita. Alhamdulillah syukur kepada Allah taala. Harap-harap semua sihat wa'afiat.

Kak Pepah minta maaf sebab tidak menulis pada minggu lepas kerana ada perihal keluarga yang mendesak. Syukur kepa Allah taala segala sudah beres.

Cuma Kak Pepah tak faham tentang bintang realiti tv ini.

Pihaknya cakap dia digam, pihak stesen tv pula menafikan. Tapi tak pula Kak Pepah nampak kelibat artis ini di tv3, ntv7 dan tv9. Jadinya, betullah kena gam?

Sekarang ini tahun 2013, bukannya 1963 atau 1983! Dunia makin pesat berkembang dan bergerak.

Cuma pihak media massa di tanahair kita ini tak sudah-sudah:
1) nak mengampu tak tentu hala; ataupun
2) nak memperbodohkan rakyat.

Kak Pepah secara peribadi tak kisah sekiranya artis-artis yang digemari cenderung untuk memberi kritikal berbaur politik.

Di Amerika Syarikat, keluarga Baldwin pun tidak sepakat tentang politik. Di kala Stephen Baldwin berkempen untuk parti Republikan, abangnya menyatakan sokongan untuk parti Demokrat.

Tak masalah untuk keluarga Baldwin mahupun media massa di sana.

Tapi tidak di Malaysia. Andainya ada artis yang condong kepada PR, ada saja sekatan yang muncul tiba. Tapi yang sokong BN tiada pula kengkangan dari media massa.

Rakyat Malaysia sudah bijak dan matang. Mereka tahu itu semua adalah pendapat dan hak individu. Janganlah mempolitikkan industri hiburan tanahair!

Kepada Faizal Tahir, Kak Pepah ucapkan selamat maju jaya dan teruskan berkarya. Rezeki di tangan Allah taala dan bukannya ditentukan oleh pembodek-pembodek itu.


Alec Baldwin

Stephen Baldwin

Faizal Tahir

Saturday, 22 June 2013

Kak Pepah: Syurga di bawah telapak kaki ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Gembiranya dapat berjumpa lagi. Kak Pepah harap semua pembaca sihat sejahtera. Selamat bersantai dengan keluarga tercinta. Dewasa ini, kehidupan kita makin sibuk dan sesak. Jadi, masa untuk bersama-sama keluarga makin berkurangan. Samalah kita dek non! Kak Pepah pun wanita berkerjaya. Cuma di hujung minggu saja masa untuk berceria dengan keluarga tercinta.

Jika minggu lepas kita bercerita pasal Kiah Propa, minggu ini Kak Pepah nak berkisah tentang keluarga. Kan orang cakap, rumahku syurgaku.

Kak Pepah memang tak suka kalau ada orang yang suka membelakangkan keluarga mereka. Keluarga adalah tiang seri kejayaan seseorang. Betul tak?

Kadang kala bila Kak Pepah baca tentang selebriti itu selebriti ini menjaga cerita yang kurang enak tentang keluarga sendiri, sebak hati ini. Esok lusa kalau mereka sakit atau mati, rasa-rasa siapa yang akan menguruskan mereka? Ya betul, keluarga mereka!

Hari tu tentang pelakon muda yang bergaduh dengan ibu kandung menerusi media massa. Dan baru-baru ini, seorang pelakon senior, sindir menyindir mak mertua sendiri menerusi media sosial. 

Pertamanya, berdosa besar jika seorang anak mengutuk atau menghina ibu kandung sendiri. Period. Dalam Islam taraf mak mertua adalah mahram sepanjang hayat. Dalam kata lain, sekiranya kita bercerai dengan isteri/suami, mertua tetap kekal mahram kita. Dan ada alim ulama yang berpendapat, menjaga hati dan perasaan ibu bapa mertua adalah wajib selagi mana tidak melanggar syariah Allah taala.


Dalam hal ini, Kak Pepah kagum dengan penyanyi remaja, Najwa Latif yang tampak matang berdepan dengan media massa. Biarpun diasak dengan soalan provokasi daripada wartawan yang terkenal dengan sikap mengadu domba, Najwa Latif tetap memberikan jawapan yang bijak lagi terbaik, "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang hal keluarga kerana hal ini adalah hal keluarga dan saya tidak mahu orang-orang yang saya sayangi terluka".

Ketika itu Najwa Latif baru habis SPM! Mungkin Afiq Muiz dan Farid Kamil boleh belajar serba sedikit daripada gadis ini tentang kemahiran PR dan adab-adab berkeluarga.


Sehingga kita bertemu lagi...

Saturday, 15 June 2013

penulisTamu - Kak Pepah

Assalamualaikum semua.

Apa kabar adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekelian. Harap-harap semua sihat sejahtera.

Nama saya Pepah. Bukan Pipah ya! P.E.P.A.H. Nak panggil Pepah boleh, nak panggil Kak Pepah pun boleh. Tapi janganlah tanya berapa umur saya. Bab-bab umur ni, sensitif tau untuk kaum Hawa. Lagipun, bak kata Orang Putih, apa ada pada nama.

Pertamanya, Kak Pepah nak ucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menjadi penulis tamu di graharesidenKu. Insya Allah, Akak akan tulis cerita-cerita yang menarik untuk semua. Harap-harap tulisan Akak bukanlah yang jenis syok sendiri nanti.

Untuk tulisan pertama ini, Akak nak bercerita tentang seorang personaliti TV ni. Dia ni wanita tulen ya, bukan wanita jadian. Orangnya sihat, ceria dan tiada cacat cela, baik paras rupa atau bentuk tubuhnya. Yang Kak Pepah kurang berkenan sikit ialah karektor dia sama ada di kaca TV ataupun di corong radio.

Dia ni kiranya wartawan hiburan yang mensensasikan gossip. Pendek cerita, dia akan bergossip pasal artis itu, artis ini. Dah lah bergossip, dia ni suka ketawa terbahak-bahak.

Kak Pepah rasa tak sesuai karektor seperti itu. Mungkin dia cuba menjadi diri sendiri tapi tak pernah lah menyuburkan tabiat mengata dan mengadu domba. Dan satu lagi, awak itu wanita timur tidak perlu lah ketawa terbahak-bahak. Buruk benar.

Kak Pepah rasa pembaca semua tentu tahu siapa yang Kak Pepah maksudkan. Ya, personaliti itu tak lain tak bukan ialah Kiah Propa.

Entahlah, Kak Pepah harap sangat karektor yang bermegah-megah bergossip ni perlu diharamkan terus daripada kaca TV mahupun corong radio.

Kepada Kiah Propa, tone down sikitlah ketawa tu. Jom kita tinggalkan tabiat mengadu domba semoga industri seni tanahair lebih bermaruah dan berilmu. Amin.

Ok semua, hingga ketemu lagi. Assalamualaikum semua.