Wednesday, 30 September 2009

oh, di mana

saat ini dan ketika ini
sangat teruja aku untuk ke pejabat
berdebar-debar tika ingin buka akaun e-mel yahoo
tapi...
belum ada rezeki lagi.

setahun lebih terputus hubung
hari khamis
tanggal 24, bulan kesembilan
21:35:07
dia utus warkah
singkat tapi bisa gegarkan hati ini:
"kat mana ni??".

teruja
gembira
betul-betul aku teruja dan gembira.

oh, di mana dikau
ku terus nanti bicara balasmu.


[This sajak was first published on Aku dan Sajak]

Friday, 25 September 2009

I feel sorry for Dina Zaman and Sisters In Islam

Pagi ini, aku baca artikel Debra Chong dengan berhati-hati. Takut-takut aku tersalah anggap.

Kemudian aku bandingkan dengan artikel yang pernah ditulis oleh Dina Zaman, yang bukunya - I Am Muslim, belum aku habis baca lagi, biarpun sudah dua tahun lebih dihadiahkan oleh Noriswadi.

Berbeza. Memang patut pun, sebab kedua-duanya ditulis oleh dua orang penulis yang berlainan.

Membaca artikel Dina Zaman, seolah-olah Kartika Sari Dewi Shukarno teraniaya dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang di Kuantan. Tidak langsung dinyatakan fakta tentang Kartika redha dengan hukuman tersebut dan mahukan dirinya disebat secepat mungkin. Hatta gambar hiasan yang digunakan juga menunjukkan Kartika dalam keadaan sedih (atau sedikit menangis).

Tidak juga dijelaskan bahawa hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah berbeza (dan tidak sekejam!) dengan hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah sivil.

Tetapi artikel Debra Chong memaparkan Kartika bersedia untuk disebat dan berharap hukuman tersebut tidak tertangguh agar dia boleh meneruskan kehidupannya. Dan gambar yang digunakan pun menunjukkannya tenang di samping suami tercinta.

Dan juga dilaporkan bahawa Kartika menyelar sikap "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong" beberapa pihak termasuk Sisters In Islam yang "sibuk-sibuk" ingin bercakap bagi pihak beliau.

Ini membuatkan aku tertanya-tanya, mereka ini tak sekolah tinggi ke? Can't they accept NO as NO? And, they have the gut to lecture us on human rights!

I pity you, my sisters in Islam...

Wednesday, 16 September 2009

Eid Mubarak

Salam.

Moga ramadhan kali ini dilimpahi Allah dengan lebih banyak hidayah, rahmat dan berkat. Maafkan segala buruk laku, salah tutur. Dan minta dihalalkan segala makan dan minum. Semoga berbahagia bersama yang tersayang di hari lebaran.
Insya-Allah, sentiasa di hati dan doa.

"Eid Mubarak"dari:
- saya -


p/: Al-fatihah buat arwah Tok Mustapha, Nek Soya, Pak Lang Jailani, Nek Long, Nek Mok dan lain-lain ahli keluarga tercinta yang telah tiada.

Thursday, 10 September 2009

Desak Jeff Ooi Letak Jawatan

Let us join forces to say NO, a big NO NO to Islamophobics, racists and sexists!


Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak anggota parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.

Wakil Forum, Md Roslan Hashim berkata kempennya itu disokong oleh 30 NGO Islam di negeri itu.

Md Roslan berkata kebanyakan maklum balas yang diterima bersetuju dan berpendapat Ooi, yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, harus meletak jawatan.

"Kami menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat bagi membuktikan bahawa masyarakat kini menolak pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam," katanya.

Md Roslan berkata beliau bercadang untuk berjumpa Lim untuk menyelesaikan isu itu sebelum ia merebak.

"Kami akan berusaha mengadakan satu pertemuan dengan Lim bagi mendapatkan penjelasan mengapa Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga hari ini," katanya.

Source: BERNAMA

Wednesday, 9 September 2009

Inikah Cinta?

Those who close to me will know that I'm not a person who fancy the word L.O.V.E.! Or should I rephrase my statement with, "someone who is afraid of commitment in a relationship".

If I were to allow to blame, I'm more than happy to point it to my first relationship. Don't get me wrong, the relationship ended on a good term and we don't have any hard feeling against each other. But the impact of the break up was so long lasting, I took almost five solid years to move on.

But lately, I feel a kind of feeling that I find it very difficult to explain.

At first, I thought this feeling was nothing different from those big crushes I used to have during school days. But, this time it has blossomed into something else. A feeling, yes... like I said earlier, very hard for me to describe.

aku suka
aku mahu
aku malu
aku rindu.

My normal crush would not have the fourth element. Their would, either have one and two or first, second and third elements for those big crushes.

But this time around, I feel all those four!

Like a song by Sheila Majid, "Inikah namanya cinta? Inikah cinta?"

Oh, Dr. Love... help me, please!

Saturday, 5 September 2009

Takziah

Takziah buat Shahrul Fitri Shafii (rakan sekerja aku) dan keluarga di atas pemergian puteri kesayangan ke rahmatullah semalam. Sesungguhnya dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita pulang.

Moga tabah hadapi dugaan ini dan didoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang diredhai-Nya.

Al-fatihah.

Wednesday, 2 September 2009

Lagu Buat Adik

Ibu selalu kata:
kita tak bisa gembirakan semua
tak mungkin boleh
tapi kita bisa hibur sukma sendiri.

Along genggam kemas azimat itu
seperti juga mutiara kata:
jika punyai beban
sekecil mana ataupun seberat gunung
larilah kepada Yang Esa
kerna hanya Dia yang bisa menolong
tak Ibu, tak Abah, tak sesiapapun.

Adik,
ku sanjung semangatmu
ku kagum kudratmu
ku cemburu hatimu
ku bangga denganmu.

Pengorbananmu
kesetiaanmu
kejayaanmu
terus semadi di sukma kami
selamanya.

Dan masa dan waktu yang berbaki
bagai menghambat jiwa ini
dicucuk resah, dirodok takut
bisakah diri ini bersedia?
untuk depani satu perpisahan
memeluk satu pemergian.

Ku tahu
ianya bukan hakiki
tapi jiwa ini tetap resah
betul-betul takut
sederas air mata yang menghujani pipi
tika kakakmu pergi.

Adik,
ku sanjung semangatmu
ku kagum kudratmu
ku cemburu hatimu
ku bangga denganmu.

Along bukan tamak
cuma, cuma...
belum puas menjadi abang
buatmu, adikku sayang.

Sebelum hati ini
ditawan emosi
ingatlah Adik
genggamlah kemas tuturIbu itu.


(Khas buat Lia, yang menyambut ulang tahun hari kelahirannya pada hari ini. All the best in your undertakings, sayang. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.)