Hari ini adalah harinya! 3 Jun 2009, hari Rabu. Hari yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti.
Setelah tertunda beberapa kali, akhirnya album terbaru Bintang RTM 1986 kembali ke toko-toko muzik. Album yang bertajuk Ketentuan ini, mempunyai sepuluh buah lagu daripada beberapa orang nama besar dalam industri muzik Malaysia.
Dan kali ini Ramlah Ram tampil dengan buah tangan yang berketrampilan.
Sebelum diulas panjang, tertanya-tanya penulis adakah Ramlah Ram dan Anuar Zain bersahabat baik? Jika sebelum ini, Anuar Zain pernah mengabdikan nama penyanyi Malaysia pertama yang mencatat jualan 450,000 unit di dalam kulit album beliau, kali ini giliran Ramlah Ram pula berterima kasih di atas inspirasi yang diberikan oleh pemenang dua kali kategori Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM).
Berbalik kepada album ke-11 Ramlah Ram, Ketentuan menampilkan percubaan anak kelahiran Kesang, Muar ini untuk kembali bernafas dalam industri muzik tanahair. Bagi merealisasikan impian tersebut, koloborasi dilakukan dengan beberapa komposer - Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan, Hazami, Sharon Paul dan Tam Spider - yang begitu asing dengan imej RAMLAH RAM.
Dan hasilnya... simply chantek!
Lagu-lagu Radang Rindu (melodi ciptaan Aidit Alfian), Ketentuan (Abu Hassan), Langit Cinta (Hazami), Cinta Beralah (Sharon Paul) dan Kasih Yang Dulu (Tam Spider) memperlihatkan Ramlah Ram bereksperimen dengan tona dan dinamik vokalnya. Disokong dengan susunan muzik yang segar, penyampaiannya dalam lagu-lagu tersebut, terutamanya lagu-lagu Radang Rindu, Ketentuan dan Cinta Beralah sangat berbeza dengan zaman (dibaca: era) ketika bersama dengan Dato' Ahmad Nawab dulu. Namun, Ramlah Ram tidak membuang terus "tarikan nyaring" yang telah menjadi trademark sejak dua dekad yang lalu. Dan itulah keistimewaannya!
Tidak keterlaluan jika diramalkan bahawa lagu-lagu Radang Rindu dan Langit Cinta bakal mengikut jejak lagu Ketentuan untuk dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik AIM 2008.
Begitu juga lagu Aku Dengan Dunia, yang mempunyai potensi untuk mengikut jejak lagu Dirgahayu, salah satu calon lagu Etnik Terbaik AIM 2008.
Cuma yang mengecewakan sedikit adalah melodi ciptaan dua komposer senior iaitu M. Nasir dan Fauzi Marzuki yang kurang menyerlah, berbeza betul dengan hasil komposer-komposer junior di dalam projek ini. Selain itu, gubahan muziknya pun agak statik dan stereotaip.
Secara umumnya, produksi ini adalah satu comeback yang membanggakan daripada Ramlah Ram. Selain menghimpunkan lapan melodi (out of 10 songs) yang digubah indah dan dicantikkan dengan penyampaian yang terkawal daripada Ramlah Ram (terutamanya dalam Cinta Beralah, Langit Cinta, Ketentuan dan Radang Rindu) serta konsep kulit album yang elegan oleh Zulkifli Haron, projek ini sememangnya layak untuk tergolong dalam kategori Album Pop Terbaik AIM.
Tahniah FMC, and well done Ramlah Ram and her team!
Rating for Album: ****
Rating for individual song:
Radang Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad) *****
Ketentuan (Azlan Abu Hassan/Ad Samad) *****
Aku Dengan Dunia (Aidit Alfian/Ad Samad) ****
Langit Cinta (Hazami/Hazami) ****
Dirgahayu (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun) *****
Cinta Beralah (Sharon Paul/Fedtri Yahya) ****
Hadiah Setiaku (M.Nasir/Azam Dungun) ***
Pasti (Sharon Paul/Sulu Sarawak) ***
Bersimpuh Di Pintu Hati (Fauzi Marzuki/Azam Dungun)***
Kasih Yang Dulu (Tam Spider/Mael) ***
P/s: Happy birthday, Zalmi! All the best in your undertakings and may Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.
7 comments:
wow...cepatnya bagi review..sepatutnya dibagi sedikit masa lagi untuk memberi peluang kepada penulis untuk mendengar album ini lagi dan lagi...
Kualiti sesebuah album itu selayaknya dinilai bagus hanya jika dapat bertahan lebih lama dari sekali atau dua kali putar sahaja..
Kadang-kadang kerana terlalu teruja pada putaran pertama (mungkin kerana terlalu fanatik), penulis mungkin 'terlepas pandang atau dengar' kelemahan dan kekurangan album tersebut.....
wow, hard core fan of k melah ;-) keep listening to malay songs! (jgn pupus!) *georgie*
Me stands with Mus, not because I agree with him, but to make graha residenku pissed off. Hehehehe.
welcome back Kak Ram...
Salam. Thanks for the album review. Boleh saya mintak izin untuk berkongsi review ini bersama peminat lain di www.ramlahramgroup.com ? Review saudara amat menarik! :)
Thanks!
kelas kak melahh punye dressing
i like...
lagu dia pun meletopppp....
pjg nye komen si mus boleh buat
lirik lagu...
I got one copy today thx to Pn Sri salaminyah :) I love it!!!! Of course!
Post a Comment