Biarpun hari ini cerah, indah dan panasnya berpanjangan, aku dapat merasakan ia adalah satu hari yang suram. Mungkin kesuraman yang terbawa-bawa dari semalam, ketika ramai warga dunia yang tersentak, berdukacita ataupun cuba-cuba untuk sedih dengan kematian, self-claimed The King of Pop, Michael Jackson.
Satu kematian yang menenggelamkan kematian yang lain-lain, termasuk Farrah Fawcett. Farrah who? As asked by one of my friends, Shah.
Pagi tadi, aku terima satu SMS daripada seorang kawan baik yang juga rakan sekerja aku, memaklumkan pemergian ayahandanya yang tercinta.
Kesempatan ini diambil untuk memanjangkan salam takziah buat Zul sekerja di atas pemergian arwah ayahnya ke rahmatullah tengah malam tadi. Semoga rohnya diredhai Allah taala. Al-fatihah.
Al-fatihah juga buat arwah datuk aku, yang pada hari ini adalah ulang tahun kelahiran ke-80 beliau. Arwah telah pulang ke rahmatullah pada 19 Jun 1967. Takziah buat Abah, Angah Midah, Mak Lang Aini dan Busu Enon. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perit getir, menjadi anak yatim ketika abang yang sulung cuma 5 tahun dan menjadi yatim piatu ketika abang yang sulung berusia 12 tahun.
Melihat dengan mata sendiri bagaimana sanak saudara 'membuat' kepada anak-anak buah, darah daging sendiri. Your strength will continue to inspire me to lead this life to the fullest.
But the greatest lesson that I learned from these four beautiful people is... "it is worthwhile to forgive and forget", which I'm still struggling to internalise it. I pray to Allah that one day I could master this one great lesson from my beloved father and my three aunts.
Dan, takziah juga bermaksud kesayuan yang terbit di hati, apabila melihat apa yang tergambar dalam dua gambar di bawah, pada satu pagi yang suram lagi sepi.
Layakkah aku menerima takziah?
Jika tidak, mungkinkah "nestapa" di bawah ini melayakkan aku menerima takziah? Nestapa yang aku maksudkan ialah...
A
k
u
kena
b
a
y
a
r
bil elektrik
y
a
n
g
berjumlah...
RM20.94.
Hello! For the first time since October 2008, okay! Sebelum ini, bil-bil elektrik aku yang berjumlah kurang daripada RM20 telah dibayar oleh Kerajaaan Malaysia.
So, deserve tak?
4 comments:
Alahai.. kesian kat kerusi ko Harun. Adakah aku yang mematahkannya? Terkangkang je..
Aiyo, bil RM20 pun kira ok la bang. Bil kitorang RM45 tiap bulan.
Hahah.. lame gak la kosi tu bertahan kan Ron..akhirnye... tersembam gak ke lantai..aku rase aku bleh teka sape punye angkara.. hehe..
Ron, Last week Mus ade dtg umah ko ke? (soklan ni xde kene mengena dgn tekaan aku yg diatas ye..hehe..)
hafez: lupalah siapa yg mematahkannya. but definitely not you.
zack:
mus dtg sabtu lepas. best tau, lepak2, makan2, gelak2. have a safe journey to indonesia k!
badril - al-fatihah utk mereka yg telah pergi meninggalkan kita. takziah yg tidak terhingga jgk utk kerusi ko yg patah-riuk tahap gaban (sapa ler punya kerja tuh ek?? hehe) dan bil letrik ko yg 'banyaaaaaak sgt' tuh.. fyi, bil letrik aku RM12 sebulan. huhu. mmg kerajaan malaysia yg tanggung. suka ar...!
Post a Comment