Sedang aku kusyuk menyidai sarung2 bantal, pintu rumah diketuk. Aku pun tertanya-tanya, siapa yang beria-ia nak datang ke rumah aku pagi-pagi buta ni (taklah awal mana, sekitar jam 10.30 pagi).
Aku segera membuka pintu.
Aku terperanjat, begitu juga dua orang lelaki berbangsa Tionghua. Masing-masing terkejut.
"Yes..." I asked them politely.
"Selamat pagi. Kami datang ini untuk bercakap tentang kehidupan, alam dan kebesaran Tuhan."
Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada lelaki itu, yang berusia kira-kira 40-an. Aku sempat juga menghalakan pandangan aku kepada seorang lagi lelaki di sebelah, yang kurang lebih awal 30-an.
"Kami tidak tahu yang awak ini Muslim. Kami tidak dibenarkan untuk berdakwah dengan orang Muslim".
"I see... have a productive day then," I said with another big smile.
"May God bless you," he answered with a big smile too.
"Thank you and the same to you".
That was not my first encounter with mubalighs. Although it was my first in Malaysia. Before this, I've been visited by them a few times when I was in Manchester.
I don't want to talk about them or their work.
Aku lebih tercuit dengan kenyataan yang mereka tidak tahu aku ini Muslim sebelum mengetuk pintu rumah aku.
Aku mengaku, tiada potongan ayat Al-Quran ataupun tulisan basmallah di atas daun pintu rumah aku. Adakah kerana itu, mereka membuat kesimpulan bahawa penghuni rumah terbabit bukannya Muslim?
In that case, should I buy and hang one?
Entahlah... Mak dan Abah pun pernah menyuruh, tapi juga buat-buat. Aku sendiri pun tak tahu kenapa.
Maybe because I don't like to symbolise my faith.
Ke aku perlu juga gantung? Please... give me your two cent.
7 comments:
aku pernah juga diorang approach...aku buat dungu dan cuma cakap "me no english" terus diorg blah...haha...btw i think u should put up something kat depan pintu ko tu yg menunjukkan ko muslim...as reasons given by your parents....
uwan and ateh aku pun ada mintak aku letak something kat depan rumah dan dlm rumah yg menggambarkan aku ni muslim. aku tak buat buat lagik, sebab rasa mcm tak nampak kepentingannya kena buat.
u sangkut je la satu. assalammualaikum ke.. bismillah ke.. :)
badril - get one!
Ini bukan satu isu yang besar. Tiada hukum pasal ni. Tapi memang jelasle ia satu amalan yang baik. Saya galakkan.
Kalau letak nama kat pintu, cam ne? Ok gak rasanya. kalau tak nama sebenar, letak nama samaran. Senang tetamu nak cari rumah. :-)
Mus: ok, will give it a second thot. thanks bro.
Zetty: oh, my... we're in the same boat!
Mya: sebenarnya ada dua, tapi dah hantar balik ke melaka. bagi my parents.
sham: ye ke? ok2, akan difikirkan semasak2nya.
aswad: thanks, bro for the nasihat.
pak alang: ok gak idea tu.
Post a Comment