Monday, 31 October 2011

Usage of Bahasa Melayu

The Government should have implement this policy much earlier. Anyhow, it's better late than never. I personally think this is a good policy.

In this regard, I would also think that the Government should remain firm on the PSSMI. National schools should use national language, except for non-BM language classes. And the government should not entertain the political threat from PAGE on this matter. Let them be in the same category as PERKASA and HINDRAF as the champion for "politik ugut mengugut".

One more thing, I really hope that both camps would ensure that all of their candidates for the incoming general election are fluent in Bahasa Melayu. It is sad to hear those politicians speak pathetic BM.


JPA arah urusan rasmi agensi awam guna penuh Bahasa Kebangsaan

Oleh G Manimaran
October 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Semua dokumen perjanjian dalam negeri melibatkan agensi-agensi kerajaan dikehendaki menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya — selari dengan keputusan Kabinet memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam urusan awam negara ini mulai sekarang.

Perkara itu, sebahagian daripada 10 urusan rasmi kerajaan, ditekankan dalam pekeliling terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akhir minggu lalu.

Bagaimanapun pekeliling itu tidak menyebut tindakan yang akan diambil JPA jika peraturan baru ini dilanggar.

"Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Dokumen tambahan atau lampiran, sekiranya ada, boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris," kata pekeliling itu yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Justeru, tegas beliau, semua ketua jabatan hendaklah memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan dengan baik dan betul serta secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

Selain dokumen-dokumen perjanjian dalam negara, kata beliau, keputusan itu melibatkan semua surat-menyurat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya.

Malah menurut beliau, agensi-agensi kerajaan dikehendaki memberi surat balasan beserta dokumen lampiran dalam Bahasa Kebangsaan termasuk surat-menyurat yang diterima daripada mana-mana pihak yang menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Pertengahan bulan ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar.

katanya, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.

Selain itu, kata Abu Bakar, dalam urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran bagi mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

"Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah dibuat dalam Bahasa Kebangsaan," kata beliau lagi.

Abu Bakar juga berkata, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, perasmian dan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

Abu Bakar menambah, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam oleh pihak berkuasa melantik, kementerian dan agensi kerajaan hendaklah disiar atau diterbitkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

"Semua urusan bagi perkhidmatan kaunter di agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan bukan warganegara Malaysia, petugas-petugas kaunter perkhidmatan boleh menggunakan bahasa yang difahami oleh pelanggan berkenaan.

"Semua maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai perkhidmatan awam oleh agensi kerajaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan. Bagi siaran dalam media massa berbahasa Inggeris, terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh disertakan sebagai dokumen lampiran bagi memastikan maksud asal maklum balas tidak disalah tafsir," katanya lagi.

Sementara itu, menurut Abu Bakar, surat antarabangsa semua surat rasmi oleh agensi kerajaan kepada pihak-pihak di luar negara digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

"Sekiranya ada dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama surat tersebut, ia bolehlah disediakan dalam Bahasa Inggeris," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, semua dokumen perjanjian oleh agensi kerajaan di peringkat antarabangsa hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris.

"Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan boleh disediakan bagi tujuan rekod dan semakan. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian di masa hadapan, dokumen asal dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan yang sahih," katanya lagi.

Katanya, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran di mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, boleh disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

"Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia boleh dikendalikan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris," katanya lagi.

Malah katanya, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran kementerian dan agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, hendaklah disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

Post a Comment