Thursday, 16 June 2011

Dinner with Md Noor & Hasrul

Ketika membelek-belek jeans di Levi's store, aku teringatkan Md Noor. Aku senang minta pandangannya dalam bab beli pakaian.


Aku pun called dia. Rupa-rupanya dia di The Gardens. Melepak-lepak. Nak pergi ke sana macam malaslah pula dan nak suruh dia datang, kasihan pula.


Akhirnya aku cadangkan dinner di kawasan ampang ataupun cheras. Kami berjanji untuk bertemu di Pandan Jaya, lagipun dia sedang menunggu kawannya selesai window shopping barangan elektrik. Dia tiada kunci rumah katanya.


Chantek! Kami untuk Wong Solo Taman Dagang. Aku pesan ayam bakar dan Md Noor pesan ayam. Sementara menunggu Hasrul sampai, kami diskusi pasal kartun bodoh dan berniat jahat di Utusan Malaysia.


Kesimpulannya, kartunis itu memang dangkal tentang shariah. Hukum zina dan rogol adalah berbeza dalam undang-undang Islam. Dan kami pelik kenapa Utusan Malaysia boleh terbitkan kartun jahat itu!


Kurang dari sejam, Hasrul sampai. Dia mencari hadiah kahwin rupanya. Nak beli ketuhar yang ada fungsi oven. Aku cadangkan Courts, SENQ ataupun Tesco.


Kami sempat borak pasal persediaan aku untuk ke India. Thanks for those kind word and advice. Really appreciate it. Sekitar jam 10 malam, kami bersurai. Selamat malam.

Post a Comment