Showing posts with label kawin-kawin. Show all posts
Showing posts with label kawin-kawin. Show all posts

Tuesday, 3 January 2012

Mari Membaca

My family and I went for book shopping on Monday afternoon. We spent more than RM500 at MPH Midvalley for twenty something novels dan religious books

And a book for myself. A novel by one of my favourite authors, the late Azizi Haji Abdullah. The book, titled BERUK is one of his last books and was first published in 2010, about a year plus before he passed away this year.

I hope I could write a review once I've finished reading it. So far, I still love Cikgu Azizi's Kawin-Kawin, which has won the first prize of Hadiah Pak Sako 2. Imam by Abdullah Hussein won the inaugural Hadiah Pak Sako.

Jadi, tunggu ya :)

Monday, 24 October 2011

Hadiah Buat Pengantin Baru

Alhamdulillah, we managed to collect an handsome amount of money for Zila's wedding gift. Thank you everyone who contributing generously. And thank you kak Azah for helping us to buy the LCD TV and DVD player. It's Sony ok! :)

Once again, congratulations to Zila and husband. Semoga berbahagia santak ke akhir hayat.

So, who's next?

Saturday, 4 June 2011

Rombongan Cik Kiah Melanggar Melaka

Sekali lagi aku dan Nazrol pulang ke kampung! Dua minggu berturut2. Kali ini, aku di kerusi pemandu dan sepupu aku pula di kerusi penumpang. Dan kami berdua di dalam Satria NEO.

Kepulangan minggu ini juga untuk melunaskan jemputan kahwin dan kenduri kendara.

Sampai sahaja di Bachang, Nazrol dapat panggilan telefon daripada rombongan Cik Kiah, yang mengajak untuk ronda-ronda sekeliling Bandaraya Bersejarah. Sambil jalan-jalan, boleh cari makan katanya.

Kami pun ke Pantai Klebang, kerana dengar cerita, mee sup dan nasi goreng ayam di situ memang terbaik!


Rombongan Cik Kiah sedang makan di Pantai Klebang

Pada hari sabtunya, berlangsung majlis perkahwinan seorang kawan iaitu Kichi di Banda Kaba. Rumah pengantin lelaki ini terletak bersebelahan dengan Asrama Putera Tan Sri Abdul Rahman Arshad, Sekolah Tinggi Melaka. Pada masa yang sama, sepupu aku, Wati, melangsungkan majlis pertunangannya. Mula-mula, memang pasang hajat nak ke majlis tersebut, tapi tak dan betul. Maaf ya, Wati. Insya Allah, akan hadir pada majlis kahwin nanti. Apa-apa pun, selamat bertunang Wati.

Di majlis kahwin Kichi, aku bertemu dengan seorang bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka iaitu Zubairi Idris. Bukan sebaya, tetapi kawan-kawan aku seperti Nora, Azizi, Ameer, Muza, Azrin dan Azizi Gemuk acapkali bercerita pasal Zubairi, atau lebih dikenali dengan panggilan Berry. Banyak yang kami borakkan, mengimbas kisah-
kisah sekolah.


Anak buah pengantin lelaki yang ramah tamah


Bergambar dengan Geng Bebudak Melaka

Sekitar jam 2.45 petang, kami semua bergerak meninggalkan majlis. Tapi ada seorang dua dalam rombongan Cik Kiah ini, berhajat untuk merasa cendol Melaka. Azzam cadangkan Cendol Jam Merah, tapi memikirkan masalah parking, kami pun sepakat untuk pekena Cendol Bukit Cina.

Boleh tahanlah, tapi ambiance gerai tepi jalan ini yang best. Kubur-kubur Cina lama. Usah bimbang, insya Allah, tiada unsur-unsur seram di sini!


Cendol Bukit Cina di kuburan lama cina

Balik dari Bukit Cina, ada yang mencadangkan untuk melepak dan mengisi masa terluang sambil menjamah Klebang Coconut Shake yang popular itu. Amboi... rombongan Cik Kiah ini tak puas-puas makan ke? Tapi untuk menjaga hati para tetamu, Nazrol dan aku, bawakan mereka juga.


Melantak Klebang Coconut Shake

Best! Kami pesan bukan satu, tetapi 15 gelas untuk 8 orang. Tapi kami dikalahkan oleh meja sebelah yang mengesan 18 gelas. Kami di sini merujuk Nazrol, aku dan kawan-kawan Nazrol yang datang ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan Chiki di Banda Kaba.

Definitely, this one is better than the one we had in Padang Temu. Cubalah...

Tapi... ingin diingatkan di sini bahawa gerai Klebang Coconut Shake ini sesak dengan para pelanggan. Nasib baik pengusahanya put in place dua sistem yang berasingan untuk pelanggan yang ingin tapau dengan pelanggan yang 'dine-in'.

Gerai tepi jalan ini terletak tidak jauh daripada Masjid Klebang. Dan tak jauh dari Kedai Ayam Golek Bachang. Kalau nak cuba tetapi tidak tahu jalan, bolehlah hubungi mana-mana ahli Geng Bebudak Melaka.

Sunday, 29 May 2011

Majlis Perkahwinan Adik Aidil

Tahniah dan semoga bahagia santak akhir hayat.


Best dapat lepak dengan Fendy, Ed dan kawan Ed yang aku lupa namanya. Nazri tak dapat datang sebab ada satu lagi majlis keluarga di Negeri Sembilan. Tengok tu, signature pose from Nazrol. Kau mampu? Hehehe, jangan marah Nazrol.


Aidil, adik kau memang iras-iras kau. Ya lah, namapun adik beradik kan!







Friday, 22 April 2011

Jumaat Yang Manja


Sepatutnya aku kena turun latihan hari ini tapi mood macam tak semenggah. Entahlah, tiba-tiba hati ini rindu kepada seorang kawan lama yang lama terbuang.

Tak pasti, sama ada aku buang dia, ataupun dia buang aku. Aku pun tak pasti kenapa kami buang membuang sesama kami.

Tapi daripada apa yang aku dengar, dia akan melangsungkan majlis perkahwinan, insya Allah, bulan Jun nanti. Walaupun tak dijemput, aku tetap doakan agar Allah anugerahkan satu perkahwinan yang bahagia dan sentosa buatnya.

Lets forgive and forget, mate!