Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Thursday, 14 July 2011

Makan2 in Melaka: Roti Terbang Kg. 6

Aku baru saja tahu tentang Roti Terbang Kampung Enam, itupun diperkenalkan oleh Nazri dan Nazrol apabila aku balik ke Melaka baru-baru ini. The interesting fact is, it's not that far from my parents' place!

Aku tak cuba pun roti canai ataupun roti telur di situ sebab malas nak menunggu lama-lama. Instead, I ordered a plate of fried noodles, tak nak pedas katanya!

Tempatnya biasa-biasa saja, gerai di tepi jalan. Makanannya boleh tahan. Boleh datang lagi lah.

Oh, satu lagi fakta - penebar ratinya adalah naib johan Pertandingan Menebar Roti Canai, yang telah diadakan beberapa tahun yang lalu. Dapat wang tunai RM15 ribu, kalau tak silap.

Jadi, kalau datang ke negeri Hang Tuah ini, jangan lupa datang ke Kampung Enam (bersebelahan Kampung Lapan) untuk pekena roti terbang. Ada domenstrasi lagu!

Photolog: Roti Terbang Kg. 6

Saturday, 9 July 2011

Thank You, Mak!

Alhamdulillah, dalam sakit-sakit ni, merasa juga makan di medan ikan bakar Alai, Melaka.

Tapi aku tak jamah makanan laut, setakat cubit-cubit manja ikan siakap bakar sambil layan sebungkus nasi lemak.

This family dinner was sponsored by my beloved mother. Pada mulanya, aku memang tak dapat hadir, sebab baru saja balik minggu lepas. Memang kuasa Tuhan, dah tua-tua ni, ditakdirkan aku terkena chicken pox. Baliklah aku ke pangkuan mak, abah dan adik-adik tercinta.

Alhamdulillah, the whole family was there. Alhamdulillah, terima kasih mak. Moga murah rezeki. Aamin...

Pasal keenakan makanan di sini, let me put it this way, the other place tastes much better!

Medan Ikan Bakar Alai

Medan Ikan Bakar Alai II

Medan Ikan Bakar Alai III

Thursday, 16 June 2011

Dinner with Md Noor & Hasrul

Ketika membelek-belek jeans di Levi's store, aku teringatkan Md Noor. Aku senang minta pandangannya dalam bab beli pakaian.


Aku pun called dia. Rupa-rupanya dia di The Gardens. Melepak-lepak. Nak pergi ke sana macam malaslah pula dan nak suruh dia datang, kasihan pula.


Akhirnya aku cadangkan dinner di kawasan ampang ataupun cheras. Kami berjanji untuk bertemu di Pandan Jaya, lagipun dia sedang menunggu kawannya selesai window shopping barangan elektrik. Dia tiada kunci rumah katanya.


Chantek! Kami untuk Wong Solo Taman Dagang. Aku pesan ayam bakar dan Md Noor pesan ayam. Sementara menunggu Hasrul sampai, kami diskusi pasal kartun bodoh dan berniat jahat di Utusan Malaysia.


Kesimpulannya, kartunis itu memang dangkal tentang shariah. Hukum zina dan rogol adalah berbeza dalam undang-undang Islam. Dan kami pelik kenapa Utusan Malaysia boleh terbitkan kartun jahat itu!


Kurang dari sejam, Hasrul sampai. Dia mencari hadiah kahwin rupanya. Nak beli ketuhar yang ada fungsi oven. Aku cadangkan Courts, SENQ ataupun Tesco.


Kami sempat borak pasal persediaan aku untuk ke India. Thanks for those kind word and advice. Really appreciate it. Sekitar jam 10 malam, kami bersurai. Selamat malam.

Saturday, 4 June 2011

Rombongan Cik Kiah Melanggar Melaka

Sekali lagi aku dan Nazrol pulang ke kampung! Dua minggu berturut2. Kali ini, aku di kerusi pemandu dan sepupu aku pula di kerusi penumpang. Dan kami berdua di dalam Satria NEO.

Kepulangan minggu ini juga untuk melunaskan jemputan kahwin dan kenduri kendara.

Sampai sahaja di Bachang, Nazrol dapat panggilan telefon daripada rombongan Cik Kiah, yang mengajak untuk ronda-ronda sekeliling Bandaraya Bersejarah. Sambil jalan-jalan, boleh cari makan katanya.

Kami pun ke Pantai Klebang, kerana dengar cerita, mee sup dan nasi goreng ayam di situ memang terbaik!


Rombongan Cik Kiah sedang makan di Pantai Klebang

Pada hari sabtunya, berlangsung majlis perkahwinan seorang kawan iaitu Kichi di Banda Kaba. Rumah pengantin lelaki ini terletak bersebelahan dengan Asrama Putera Tan Sri Abdul Rahman Arshad, Sekolah Tinggi Melaka. Pada masa yang sama, sepupu aku, Wati, melangsungkan majlis pertunangannya. Mula-mula, memang pasang hajat nak ke majlis tersebut, tapi tak dan betul. Maaf ya, Wati. Insya Allah, akan hadir pada majlis kahwin nanti. Apa-apa pun, selamat bertunang Wati.

Di majlis kahwin Kichi, aku bertemu dengan seorang bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka iaitu Zubairi Idris. Bukan sebaya, tetapi kawan-kawan aku seperti Nora, Azizi, Ameer, Muza, Azrin dan Azizi Gemuk acapkali bercerita pasal Zubairi, atau lebih dikenali dengan panggilan Berry. Banyak yang kami borakkan, mengimbas kisah-
kisah sekolah.


Anak buah pengantin lelaki yang ramah tamah


Bergambar dengan Geng Bebudak Melaka

Sekitar jam 2.45 petang, kami semua bergerak meninggalkan majlis. Tapi ada seorang dua dalam rombongan Cik Kiah ini, berhajat untuk merasa cendol Melaka. Azzam cadangkan Cendol Jam Merah, tapi memikirkan masalah parking, kami pun sepakat untuk pekena Cendol Bukit Cina.

Boleh tahanlah, tapi ambiance gerai tepi jalan ini yang best. Kubur-kubur Cina lama. Usah bimbang, insya Allah, tiada unsur-unsur seram di sini!


Cendol Bukit Cina di kuburan lama cina

Balik dari Bukit Cina, ada yang mencadangkan untuk melepak dan mengisi masa terluang sambil menjamah Klebang Coconut Shake yang popular itu. Amboi... rombongan Cik Kiah ini tak puas-puas makan ke? Tapi untuk menjaga hati para tetamu, Nazrol dan aku, bawakan mereka juga.


Melantak Klebang Coconut Shake

Best! Kami pesan bukan satu, tetapi 15 gelas untuk 8 orang. Tapi kami dikalahkan oleh meja sebelah yang mengesan 18 gelas. Kami di sini merujuk Nazrol, aku dan kawan-kawan Nazrol yang datang ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan Chiki di Banda Kaba.

Definitely, this one is better than the one we had in Padang Temu. Cubalah...

Tapi... ingin diingatkan di sini bahawa gerai Klebang Coconut Shake ini sesak dengan para pelanggan. Nasib baik pengusahanya put in place dua sistem yang berasingan untuk pelanggan yang ingin tapau dengan pelanggan yang 'dine-in'.

Gerai tepi jalan ini terletak tidak jauh daripada Masjid Klebang. Dan tak jauh dari Kedai Ayam Golek Bachang. Kalau nak cuba tetapi tidak tahu jalan, bolehlah hubungi mana-mana ahli Geng Bebudak Melaka.