Tuesday, 17 April 2012
Happy Birthday Ed
Moga murah rezeki, berkat usia dan bahagia sentosa.
Thank you Annisue for inviting me to the birthday party. Terima kasih daun keladi, ajak-ajaklah lagi.
Kepada yang tak kenal, Ed adalah salah seorang pengasas produk kecantikan Annisue. Cubalah produk tu uols. The products received good testimonial from my close friends :)
Sunday, 11 March 2012
Allah Selamatkan Norizan Khalip
Moga murah rezeki dan berkat usia, dari kami semua.
Izan adalah salah seorang daripada Geng Bebudak Melaka, yang gemar berkaraoke dan suka turut serta dalam aktiviti kebudayaan.
Sekarang ini, kelibatnya sering dilihat di Taman Rekreasi Bukit Serindit. Tengah bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badannya.
Anyhow, all the best in your undertakings Izan. Happy birthday!!!
Saturday, 9 July 2011
Thank You, Mak!
Tapi aku tak jamah makanan laut, setakat cubit-cubit manja ikan siakap bakar sambil layan sebungkus nasi lemak.
This family dinner was sponsored by my beloved mother. Pada mulanya, aku memang tak dapat hadir, sebab baru saja balik minggu lepas. Memang kuasa Tuhan, dah tua-tua ni, ditakdirkan aku terkena chicken pox. Baliklah aku ke pangkuan mak, abah dan adik-adik tercinta.
Alhamdulillah, the whole family was there. Alhamdulillah, terima kasih mak. Moga murah rezeki. Aamin...
Pasal keenakan makanan di sini, let me put it this way, the other place tastes much better!
Saturday, 4 June 2011
Rombongan Cik Kiah Melanggar Melaka
Kepulangan minggu ini juga untuk melunaskan jemputan kahwin dan kenduri kendara.
Sampai sahaja di Bachang, Nazrol dapat panggilan telefon daripada rombongan Cik Kiah, yang mengajak untuk ronda-ronda sekeliling Bandaraya Bersejarah. Sambil jalan-jalan, boleh cari makan katanya.
Kami pun ke Pantai Klebang, kerana dengar cerita, mee sup dan nasi goreng ayam di situ memang terbaik!
Rombongan Cik Kiah sedang makan di Pantai Klebang
Pada hari sabtunya, berlangsung majlis perkahwinan seorang kawan iaitu Kichi di Banda Kaba. Rumah pengantin lelaki ini terletak bersebelahan dengan Asrama Putera Tan Sri Abdul Rahman Arshad, Sekolah Tinggi Melaka. Pada masa yang sama, sepupu aku, Wati, melangsungkan majlis pertunangannya. Mula-mula, memang pasang hajat nak ke majlis tersebut, tapi tak dan betul. Maaf ya, Wati. Insya Allah, akan hadir pada majlis kahwin nanti. Apa-apa pun, selamat bertunang Wati.
Di majlis kahwin Kichi, aku bertemu dengan seorang bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka iaitu Zubairi Idris. Bukan sebaya, tetapi kawan-kawan aku seperti Nora, Azizi, Ameer, Muza, Azrin dan Azizi Gemuk acapkali bercerita pasal Zubairi, atau lebih dikenali dengan panggilan Berry. Banyak yang kami borakkan, mengimbas kisah-
kisah sekolah.
Anak buah pengantin lelaki yang ramah tamah
Bergambar dengan Geng Bebudak Melaka
Sekitar jam 2.45 petang, kami semua bergerak meninggalkan majlis. Tapi ada seorang dua dalam rombongan Cik Kiah ini, berhajat untuk merasa cendol Melaka. Azzam cadangkan Cendol Jam Merah, tapi memikirkan masalah parking, kami pun sepakat untuk pekena Cendol Bukit Cina.
Boleh tahanlah, tapi ambiance gerai tepi jalan ini yang best. Kubur-kubur Cina lama. Usah bimbang, insya Allah, tiada unsur-unsur seram di sini!
Cendol Bukit Cina di kuburan lama cina
Balik dari Bukit Cina, ada yang mencadangkan untuk melepak dan mengisi masa terluang sambil menjamah Klebang Coconut Shake yang popular itu. Amboi... rombongan Cik Kiah ini tak puas-puas makan ke? Tapi untuk menjaga hati para tetamu, Nazrol dan aku, bawakan mereka juga.
Melantak Klebang Coconut Shake
Best! Kami pesan bukan satu, tetapi 15 gelas untuk 8 orang. Tapi kami dikalahkan oleh meja sebelah yang mengesan 18 gelas. Kami di sini merujuk Nazrol, aku dan kawan-kawan Nazrol yang datang ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan Chiki di Banda Kaba.
Definitely, this one is better than the one we had in Padang Temu. Cubalah...
Tapi... ingin diingatkan di sini bahawa gerai Klebang Coconut Shake ini sesak dengan para pelanggan. Nasib baik pengusahanya put in place dua sistem yang berasingan untuk pelanggan yang ingin tapau dengan pelanggan yang 'dine-in'.
Gerai tepi jalan ini terletak tidak jauh daripada Masjid Klebang. Dan tak jauh dari Kedai Ayam Golek Bachang. Kalau nak cuba tetapi tidak tahu jalan, bolehlah hubungi mana-mana ahli Geng Bebudak Melaka.
Sunday, 29 May 2011
Majlis Perkahwinan Adik Aidil
Tahniah dan semoga bahagia santak akhir hayat.
Best dapat lepak dengan Fendy, Ed dan kawan Ed yang aku lupa namanya. Nazri tak dapat datang sebab ada satu lagi majlis keluarga di Negeri Sembilan. Tengok tu, signature pose from Nazrol. Kau mampu? Hehehe, jangan marah Nazrol.
Aidil, adik kau memang iras-iras kau. Ya lah, namapun adik beradik kan!
Tuesday, 10 May 2011
Obes, Gemuk & Melaka
Dan hari ini, tercanang ke seluruh negara yang majoriti Ahli Undangan Negeri Melaka adalah gemuk. Untuk menyedapkan hati, berita yang sama mencanangkan Melaka kedua obes.
Jadi, kepada Geng Bebudak Melaka... ada apa-apa komentar tentang hal ini?
Diterbitkan semula berita yang dipetik daripada Malaysiakini.
******************************************************************
Majoriti ADUN Melaka gemuk
Elissa Helmy May 9, 11 1:52pm
Sebahagian besar ADUN Melaka yang menjalani ujian kesihatan hari ini didapati mengalami masalah obesiti atau lebih berat badan.

Pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan kira-kira 20 pegawai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai bacaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang tidak sesuai.
Namun begitu, pemeriksaan lain seperti tahap glukosa dalam air kencing dan darah berada di paras normal. Begitu juga tekanan darah.
Kira-kira 20 ADUN, termasuk daripada pembangkang, terlibat dalam program itu.
Daripada jumlah itu, 2/3 daripadanya didapati obes.
Exco negeri yang bertanggungjawab dalam urusan kesihatan, pemulihan projek, pembangunan pekan kecil dan NGO Datuk Seet Har Cheow ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Dengan keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut, Seet juga menasihatkan ADUN negeri itu mengawal berat badan melalui pemakanan yang seimbang.
"Saya nasihatkan mereka supaya mengawal gula, makanan berkarbohidrat serta makanan berlemak mulai saat ini terutama ketika menghadiri pelbagai majlis ketika menjalankan tugas mereka.
"Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti kerja, mereka tidak harus mengabaikan waktu tidur dan banyak minum air kosong menggantikan air bergula.
"Begitu juga makanan bersantan yang banyak menyumbang ke arah pertambahan berat badan," katanya yang juga mengalami masalah serupa.
Melaka kedua obes
Mengulas keadaan dirinya sendiri, ADUN Klebang itu berkata, dia juga tidak menyangka turut dikelaskan sebagai obes kerana ia tidak boleh dinilai berdasarkan keadaan fizikal.
Katanya, kelihatan kurus tidak semestinya tidak obes.
"Bukan hanya ADUN, tetapi seluruh warga Melaka juga perlu menjaga pemakanan kerana negeri Melaka jatuh tempat kedua warganya paling ramai obes di Malaysia.
"Oleh yang demikian tindakan segera perlu diambil oleh semua rakyat Melaka khususnya Adun bagi melahirkan warga sihat juga wakil rakyat yang sihat agar kerja-kerja mereka sebagai wakil kerajaan tidak terjejas," katanya.
Dalam pemeriksaan hari ini, selain melakukan pemeriksaan glukosa, tekanan darah, dan timbangan berat badan, darah mereka juga diambil untuk dihantar ke makmal bagi mengesan penyakit serius yang lain.
Bagi pemeriksaan x-Ray mereka perlu ke Poliklinik Ayer Keroh berhampiran dengan tarikh yang ditetapkan.
Selain itu ADUN turut mengisi satu borang untuk mengetahui sejarah penyakit mereka.
Antara ADUN yang mengambil bahagian ialah Adun Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin, Adun Tanjung Bidara, Datuk Ab Karim Ab Sulaiman, Adun Machap, Datuk Lai Mei Chong termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.
Monday, 25 April 2011
TBS @BTS

Akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki ke Terminal Bas Bersepadu, di Bandar Tasik Selatan.
Aku dan Nazrol menghantar tetamu kami, Nazri dan Aidil ke sana untuk menaiki bas ke Melaka. The terminal looks like an airport. Siap ada balai berlepas lagi! Semoga terminal ini akan diselenggara dengan baik dan diguna orang ramai sebaik mungkin.
Aku pun berhajat hendak gunakannya satu hari nanti. Nak ke mana ya? Takkan balik ke kampung kot? Ada sesiapa yang nak jemput aku bercuti-cuti ke mana-mana lokasi percutian di selatan Malaysia?