Showing posts with label Dr. Mahathir Mohamed. Show all posts
Showing posts with label Dr. Mahathir Mohamed. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

High income not enough to become developed nation

[Note: The article was first published on The Malaysian Insider.]
Simply becoming a high-income nation is no basis for Malaysia to be considered a developed country by 2020, says Tun Dr Mahathir Mohamed.
The former prime minister said that equally important is research and development, as well as the skills that are available in the country, Bernama reported today.
Speaking at a seminar in Cyberjaya today, he said, "Malaysia may not be a developed country by 2020, if its only emphasis is on becoming a high-income nation but it still lags in research and development".
"At the moment... I am afraid. I am not very hopeful that by 2020, Malaysia will be a developed country," Bernama quoted Dr Mahathir as saying.
Giving the example of Brunei, he noted that while it was a high income nation, it was not developed, adding that high income and low productivity would only make the cost of living higher.
"The mindset of Malaysians on research and development (R&D) must be tuned. Malaysians still lack understanding on the importance of R&D and always question the return on investment of R&D."
According to Bernama, Dr Mahathir said that Malaysia was the only developing country which had its own automative industry and developing countries were learning from Malaysia.
Emphasising its importance, the Proton chairman added that the automative industry has the potential to be a catalyst in providing Malaysians skills, knowledge and ability in engineering.
However, he lamented that Proton's share of the car market in Malaysia stood at only 18%. – October 29, 2014.

Saturday, 20 October 2012

Mahathir & Soros

Dr Mahathir cakap George Soros itu penyangak. 

Tapi bukan main mesra lagi Dr Mahathir dengan penyangak! Jadi, rakyat seperti aku ni, keliru.

Jom kita nyanyi lagu Keliru, dendangan Nurul & Ajai.


Thursday, 2 June 2011

Question Time with KJ

Yahoo Malaysia menganjurkan sesi kedua Question Time bersama Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Berikut diterbitkan semula petikan daripada sesi itu yang disiarkan oleh Malaysiakini:



Soalan: Apa kaitan YB dengan Jason Lo, Tony Fernandes dan adakan terdapat hubungan dalam sokongan YB terhadap AirAsia dalam peruntukan perjalanan.
Jawapan: Jason Lo kawan baik saya. Saya kenal dia sejak kecil. Tony juga kawan saya. Saya tidak punya sebarang saham dalam AirAsia. Siapa buat dakwaan ini boleh jumpa saya di mahkamah. Saya sokong peruntukan perjalanan kerana ia baik untuk negara ini supaya lebih pelancong tiba. Kamu tak mahu lebih ramai melawat Malaysia.

Soalan: KJ, kamu tiada saham dalam AirAsia, tetapi adakah anggota keluarga terdekat mempunyai saham dalam AirAsia? ;)
Jawapan: Anggota terdekat saya tiada saham dalam AirAsia, begitu juga kawan-kawan atau proksi. Sekali lagi, saya sedia bertemu sesiapa sahaja di mahkamah berhubung perkara ini.

Soalan: YB, adakah YB masih mampu menjadi PM ketika berumur 40 tahun?
Jawapan: Hahaha. Ini fitnah! Urban legend. Saya tak pernah kata mahu jadi PM pada umur 40 atau mahu jadi PM. Saya hanya mahu berkhidmat atas kapasiti yang rakyat mahukan.

Soalan: Apa kamu akan jadi/buat sekiranya tidak berada dalam politik?
Jawapan: Koresponden perang.

Soalan: Apa kelemahan PM kita?
Jawapan: Beliau suka lagu 'Nobody But You' oleh (Wondergirls)? Ini kelemahan yang buruk.

Soalan: Khairy, siapa penyanyi kegemaran kamu?
Jawapan: Tentulah bukan Wondergirls. Haha. Maaf DS Najib. Saya suka U2, Counting Crows dan Dave Mathews. Artis tempatan, saya suka Faizal Tahir. Beliau cool.

Soalan: Makanan kegemaran YB?
Jawapan: Patin atau ikan keli.



Soalan: Apa pendapat anda tentang Justin Bieber?
Jawapan: Muntah. Maaf kepada semua Beliebers. Mungkin hilang undi mereka di sana.

Soalan: Apa pandangan kamu pada Raja Petra Kamaruddin?
Jawapan: Dia suka putarkan pembohongan dan semuanya terdedah akhir-akhir ini.

Soalan: Khairy, apa pendapat kamu tentang Mukhriz Mahathir, adakah kamu fikir beliau sebagai ancaman kepada karier politik kamu?
Jawapan: Beliau pemimpin muda Umno dengan potensi yang besar. Sebagai pemimpin Umno kami mesti bekerjasama. Walaupun kami pernah bersaing sesama sendiri untuk jawatan ketua Pemuda, saya rasa kedua-dua kami cukup matang bekerjasama untuk parti.

Soalan: Patutkah Mahathir kembali menjadi perdana menteri?
Jawapan: Saya rasa kita patut lihat ke hadapan.

Soalan: Kamu amat kritikal kepada polisi dan legasi Tun M. Kenapa?
Jawapan: Saya kritikal pada dasar. Ia bukan berkaitan peribadi kepada siapa pun. Jika ada yang saya tidak setuju, saya akan suarakan pendapat sendiri. Saya telah lakukan banyak kali kepada kerajaan ini dan dalam parlimen juga. Baru-baru ini saya menentang signal daripada kerajaan untuk menaikkan harga petrol RON95. Dasar, bukan orangnya.

Soalan: YB... Bagaimana hubungan dengan (Anwar Ibrahim) dan keluarganya?
Jawapan: Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan anggota keluarganya. Saya hanya lihatnya di parlimen.

Soalan: YB, adakan benar kamu sepatunya berkahwin dengan Nurul Izzah suatu masa dulu?
Jawapan: Hahaha. Tak akan. Saya tak kenal langsung beliau kecuali melihatnya di parlimen sahaja. Satu lagi pembohongan dan urban legend. Orang ramai percaya pada omong kosong.