Friday, 14 June 2013

Jiah Khan

Dia dipercayai bunuh diri. Dan sekarang ini, pihak berkuasa India telah mendakwa kekasihnya, Suraj Pancholi atas tuduhan bersubahat dalam perbuatan membunuh diri.

Ini semua gara-gara ahli keluarga Jiah Khan menjumpai sekeping nota yang dipercayai ditulis sendiri oleh Jiah Khan sebelum membunuh diri pada 2 Jun 2013. Dalam nota tersebut, Jiah Khan dikatakan kecewa dengan sifat buaya darat kekasihnya itu.



Kepada yang tak kenal Jiah Khan, apa nama sebenarnya Nafisa Khan, boleh baca tentang beliau di sini.

Aku tertanya-tanya kenapa dia membunuh diri? Meminjam kata-kata Utusan Malaysia, apa  lagi yang dia mahu?

Jika sebelum ini industri seni di Korea Selatan digempar dengan perbuatan bunuh diri beberapa pelakon terkenal dan sekarang ini, di India pula.

Harap-harap jangan merebak ke Nusantara pula.

Apa-apa pun, takziah kepada keluarga Jiah Khan. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan ini.

TakNak bunuh diri!

No comments: