Thursday, 20 June 2013
ABNxcess – TV berbayar ketiga di Malaysia
Sekarang, Astro mempunyai satu lagi pesaing iaitu ABNxcess. Ini adalah TV berbayar ketiga di Malaysia (keempat jika Maxis Home dikira entiti berlainan daripada Astro). Ia baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei 2013 dan belum banyak ulasan tentang servisnya berbanding pesaing lain termasuk Unifi yang aku langgani sekarang.
Melihat kepada iklannya, agak berbaloi juga untuk aku berpindah kepada ABNxcess kerana ia menawarkan perkhidmatan internet pada kelajuan 10 Mbps (pakej Unifi yang aku langgani: 5 Mbps) dan 50 saluran TV pada harga RM99 (Unifi: RM149). Itu penjimatan sebanyak RM50!
Masalahnya sekarang kontrak Unifi aku masih berbaki lagi sehingga Disember 2013. Sekiranya Unifi tidak menambahbaik tawarannya, in shaa Allah aku akan ‘berhijrah’ ke ABNxcess.
Anyhow, competition is good for the industry and of course, for the rakyat! Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment