Sunday, 6 January 2013

Terukir Di AJL

Akhirnya Yuna berjaya di atas pentas Anugerah Juara Lagu, setelah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AJL ke-27. Ini adalah percubaan kelima Yuna, selepas Dan Sebenarnya, yang berjaya menggondol tempat kedua, dan tiga lagu yang lain iaitu Cinta Sempurna, Gadis Semasa dan Penakut.

Tahniah Yuna.

Dan Tahniah kepada persembahan yang menarik oleh Aizat Amdan. Sweet and simple!

Aku puas hati dengan keputusan AJL kali ini. Sebab selain Terukir Di Bintang, aku juga gemarkan lagu Idola, mendapat tempat kedua dan Teman Pengganti, yang menggondol anugerah Persembahan Terbaik.

Hafiz, buat kali ketiga berturut-turut mengungguli anugerah Vokal Terbaik, satu pencapaian yang tidak boleh dinafikan.

I looove the opening showcase but Misha Omar, Ziana Zain and Faizal Tahir. You guys rock! Well done to the production team too.

Tapi ada juga benda-benda yang aku tak suka, seperti:

  1. Penampilan Aaron Aziz untuk lagu Ombak Rindu. Too much and sooo last year!
  2. Pentomin di awal persembahan Shila Amzah serta Jimmy Palikat dan One Nation Emcee, yang bagi aku tak relevan, meleret dan outdated. Sorry, guys.
  3. Interviews with artistes by Faizal Ismail. May be the intention was to kill off time, but it was not tastefully done.



No comments: