Friday, 4 January 2013

Air, oh Air!

Alhamdulillah, apartmen aku masih ada bekalan air. Tak macam perumahan di sekeliling, yang berdepan dengan masalah air semenjak seminggu lebih yang lalu. Segala puji-pujian buat Allah taala.

Dalam memanjatkan syukur, aku ingin melahirkan rasa geram dan marah kepada Syabas.

Ini adalah satu lagi contoh keTIDAKupayaan Syabas dalam menguruskan air di Lembah Klang. Bukan sahaja syarikat ini gagal untuk mengurangkan peratusan NRW, syarikat ini beberapa kali mengugut rakyat dengan dendangan lagu ketiadaan air. Dan syarikat ini, tak habis-habis nak mempolitikkan masalah air untuk kepentingan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.

Alasan yang diberi iaitu pam rosak dan buat sekian kalinya Syabas menuding jari kepada pihak lain, kecuali pihaknya sendiri.

Bukan sahaja Syabas tiada pelan tindakan, malah masalah ini menunjukkan kelemahan Syabas dalam menyelenggara aset-aset yang berkaitan dengan air. Jikalau penyelenggaraannya baik, masakan pam gantian (not one but 4 standby pumps) juga rosak?!?

Astaghfirullah, semoga Allah mengampunkan kita semula dan beri hidayah kepada pengurusan Syabas agar menggalas tanggungjawab dengan amanah dan jujur.

Kalau di negara-negara lain, syarikat yang bermasalah seperti Syabas ini telah lama ditamatkan kontraknya.

Tapi, di Malaysia, segala-gala yang pelik bin ajaib berlaku.

Dan aku tak faham kenapa kerajaan tidak tamatkan kontrak Syabas yang ternyata GAGAL menguruskan air seperti mana yang termaktub dalam perjanjian.

Dalam hal air, kenapa kepentingan Syabas mengatasi kepentingan rakyat?

No comments: