Alhamdulillah, umat Islam berkesempatan menyambut Hari Raya Korban semalam dalam suasana tenang dan bersederhana.
Aku pulang ke Melaka, berkonvoi dengan sepupu yang baru dapat kereta baru.
Sampai di rumah pusaka arwah Cokgu Jaafar, aku dapati kedua-dua buah hati tiada di situ.
Wafri dibawa pulang ke Taiping, menziarahi dan berkenalan dengan nenek dan saudara mara di sebelah bapanya.
Damia pula, ditahan di Hospital Melaka kerana ada tanda-tanda kekuningan. Tetapi syukur alhamdulillah, Damia dibenarkan pulang pada pagi Hari Raya.
Pagi ini, Mak meminta aku ke perkarangan rumah Nek Alang, bagi turut serta gotong royong menyiang daging korban untuk penduduk Pasir Puteh. Dua ekor lembu ditumbangkan, dan dengar cerita ianya disumbangkan oleh Datuk Ali, panggilan rakyat Melaka untuk Ketua Menteri mereka.
Syukur alhamdulillah kerana suasana tenang untuk membolehkan kita mengimbau peristiwa qurban yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail a.s, serta melinaskan tuntutan agama.
Selamat Hari Raya Korban buat semua umat Islam dan kepada yang menunaikan ibadah haji, semoga Allah terima haji tersebut.
No comments:
Post a Comment