Saturday, 5 November 2011

Dua Petang Berpuisi

Semalam aku, Danny dan Hani bertarung dalam Temasya Pantun 2011. Lawan kami, Emas Kencana, merupakan juara bertahan.

Mereka turun dengan berpakaian songket.

Mereka berbincang sesama sendiri semasa membeli pantun-pantun kami.

Dan mereka tidak menjawab tiga pantun kami dalam masa yang telah ditetapkan.

Bak kata orang, kalau sudah namanya rezeki, insya Allah, takkan ke mana. Emas Kencana sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan mereka. Tahniah uols ;)

Itu petang Khamis.

Petang Jumaat pula, aku telah dijemput oleh pihak penganjur untuk mendeklamasikan sajak bersama-sama Pyan Habib, Lan A to Z, Meor, Wanji Zin dan tiga orang lagi warga kerja.

Aku memilih untuk membaca sajak yang aku tulis pada tahun 2007, di Manchester. Tajuknya ialah Sunyi Seorang Lelaki.

Sajak ini adalah rakaman peristiwa dan rasa ketika aku menyambung pejaran di England 4 tahun nan lalu. Sunyi dan sepi seorang lelaki Melayu, di samping membuat beberapa pop culture reference.

No comments: