Pagi ini, aku baca artikel Debra Chong dengan berhati-hati. Takut-takut aku tersalah anggap.
Kemudian aku bandingkan dengan artikel yang pernah ditulis oleh Dina Zaman, yang bukunya - I Am Muslim, belum aku habis baca lagi, biarpun sudah dua tahun lebih dihadiahkan oleh Noriswadi.
Berbeza. Memang patut pun, sebab kedua-duanya ditulis oleh dua orang penulis yang berlainan.
Membaca artikel Dina Zaman, seolah-olah Kartika Sari Dewi Shukarno teraniaya dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang di Kuantan. Tidak langsung dinyatakan fakta tentang Kartika redha dengan hukuman tersebut dan mahukan dirinya disebat secepat mungkin. Hatta gambar hiasan yang digunakan juga menunjukkan Kartika dalam keadaan sedih (atau sedikit menangis).
Tidak juga dijelaskan bahawa hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah berbeza (dan tidak sekejam!) dengan hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah sivil.
Tetapi artikel Debra Chong memaparkan Kartika bersedia untuk disebat dan berharap hukuman tersebut tidak tertangguh agar dia boleh meneruskan kehidupannya. Dan gambar yang digunakan pun menunjukkannya tenang di samping suami tercinta.
Dan juga dilaporkan bahawa Kartika menyelar sikap "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong" beberapa pihak termasuk Sisters In Islam yang "sibuk-sibuk" ingin bercakap bagi pihak beliau.
Ini membuatkan aku tertanya-tanya, mereka ini tak sekolah tinggi ke? Can't they accept NO as NO? And, they have the gut to lecture us on human rights!
I pity you, my sisters in Islam...
No comments:
Post a Comment