Showing posts with label No to Islamophobics. Show all posts
Showing posts with label No to Islamophobics. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud

1) Harith minta maaf jika tweetnya mengguris perasaan umat Islam.
2) Harith cakap dia tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam tetapi mesejnya disalahertikan.
3) Harith minta perkara ini tidak dipanjang-panjangkan kerana ia perkara kecil.

Bagus jika sanggup mengakui kesalahan tetapi kenapa ada perkara yang berangkai-rangkai.

Tertanya-tanya juga apa yang cuba disampaikan oleh Harith dengan tweet tersebut.

Isu ini bukan perkara kecil! Diam adalah lebih baik, sekurang-kurangnya orang tak pasti sama ada Harith ini pandai atau tidak. Tetapi, disebabkan keceluparan Harith, berhujah tanpa fakta dan ilmu, CONFIRM sekarang ini Harith bodoh tentang hudud.

Renung-renungkan...


http://www.astroawani.com/news/show/harith-iskander-mohon-maaf-isu-status-hukum-hudud-35782

----
Sent from my iPhone

Friday, 25 September 2009

I feel sorry for Dina Zaman and Sisters In Islam

Pagi ini, aku baca artikel Debra Chong dengan berhati-hati. Takut-takut aku tersalah anggap.

Kemudian aku bandingkan dengan artikel yang pernah ditulis oleh Dina Zaman, yang bukunya - I Am Muslim, belum aku habis baca lagi, biarpun sudah dua tahun lebih dihadiahkan oleh Noriswadi.

Berbeza. Memang patut pun, sebab kedua-duanya ditulis oleh dua orang penulis yang berlainan.

Membaca artikel Dina Zaman, seolah-olah Kartika Sari Dewi Shukarno teraniaya dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang di Kuantan. Tidak langsung dinyatakan fakta tentang Kartika redha dengan hukuman tersebut dan mahukan dirinya disebat secepat mungkin. Hatta gambar hiasan yang digunakan juga menunjukkan Kartika dalam keadaan sedih (atau sedikit menangis).

Tidak juga dijelaskan bahawa hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah berbeza (dan tidak sekejam!) dengan hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah sivil.

Tetapi artikel Debra Chong memaparkan Kartika bersedia untuk disebat dan berharap hukuman tersebut tidak tertangguh agar dia boleh meneruskan kehidupannya. Dan gambar yang digunakan pun menunjukkannya tenang di samping suami tercinta.

Dan juga dilaporkan bahawa Kartika menyelar sikap "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong" beberapa pihak termasuk Sisters In Islam yang "sibuk-sibuk" ingin bercakap bagi pihak beliau.

Ini membuatkan aku tertanya-tanya, mereka ini tak sekolah tinggi ke? Can't they accept NO as NO? And, they have the gut to lecture us on human rights!

I pity you, my sisters in Islam...

Thursday, 10 September 2009

Desak Jeff Ooi Letak Jawatan

Let us join forces to say NO, a big NO NO to Islamophobics, racists and sexists!


Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak anggota parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.

Wakil Forum, Md Roslan Hashim berkata kempennya itu disokong oleh 30 NGO Islam di negeri itu.

Md Roslan berkata kebanyakan maklum balas yang diterima bersetuju dan berpendapat Ooi, yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, harus meletak jawatan.

"Kami menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat bagi membuktikan bahawa masyarakat kini menolak pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam," katanya.

Md Roslan berkata beliau bercadang untuk berjumpa Lim untuk menyelesaikan isu itu sebelum ia merebak.

"Kami akan berusaha mengadakan satu pertemuan dengan Lim bagi mendapatkan penjelasan mengapa Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga hari ini," katanya.

Source: BERNAMA